Ayam Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum. Menu simple saya hari ni ayam masak lemak cili padi. Menu yang senang dan sedap bagi saya. Sebenarnya ada banyak cara nak masak ayam masak lemak ni. Lain orang, lain negeri, lain caranya. Dan mungkin jugak lain rasanya. So saya tunjukkan ni cara saya yang senang dan mudah.

Saya sediakan video ayam masak lemak kat bawah ni. Boleh la tengok ye sebelum masak tu. Lepas tengok tu jangan lupa subscribe ok… Hehe.. Ada banyak lagi video resepi yang lain kat YouTube Channel kami. Kalau rasa best dan menarik boleh la kongsikan video-video kami dengan kawan-kawan ye.. ???

masak lemak

Bahan-bahan Ayam Masak Lemak Cili Padi:

  • 5-6 ketul ayam
  • 1 biji bawang besar merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 10-15 tangkai cili padi*
  • 2 tangkai serai
  • 2 cawan air
  • 3/4 cawan santan
  • Garam
  • Air limau kasturi/asam keping

– tumbuk halus/kisar bahan bertanda *

Cara-cara:

  1. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk/dikisar sehingga naik bau bersama serai.
  2. Masukkan ayam. Kacau rata dan biarkan sebentar.
  3. Masukkan air. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
  4. Masukkan santan. Kacau dan masukkan pula kentang.
  5. Perasakan dengan garam dan sedikit air limau kasturi.
  6. Masak sehingga kentang lembut.

Jemput like facebook page kami untuk lebih banyak resepi yang menarik.

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam Masak Lemak Cili Padi


Subscribe

Masukkan email anda untuk mendapatkan notifikasi resepi yang terbaru dari kami

Join 291 other subscribers

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

8 Comments »

Leave a Reply