Cucur Manis Kembung @ Cucur Viral

Assalamualaikum. Rata-rata di Facebook sekarang semua orang sibuk membuat cucur kembung. Cucur manis viral katanya kan.. Hehe.. Saya pun nak cuba la sebab nampak bulat dan comel. Macam sedap je nak makan. Hehe… Saya buat versi cucur manis. Sebab ni yang paling senang dan sedap, dan anak-anak saya pun suka. Memang selalu saya buat cucur manis ni cuma saya tak menggunakan air panas. Jadi tak ada la bentuk bulat-bulat comel macam cucur viral ni. Sedap juga rasa cucur viral ni walaupun resepinye simple je. Dalamnya sangat lembut dan luar pulak rangup. Tak rugi cuba. Next time saya buat versi masin pulak.

Bahan nak buat cucur kembung ni sebenarnya sama je macam cucur biasa cumanya air panas digunakan untuk membancuh adunan supaya boleh dibentuk menjadi bulat. So boleh la kalau nak tukar bahan-bahan cucur ni ikut citarasa masing-masing. Nak buat manis ke masin ke. Sukatan tepung dan air panas mestilah sama banyak dan bahan-bahan yang lain tu boleh la tambah sendiri. Yang penting air yang digunakan mesti betul-betul panas. Nak membentukkan cucur ni menjadi bulat-bulat tu agak leceh jugak. Tapi ada caranya untuk dapatkan bulatan yang cantik. Kalau nak tau macam mana, boleh tengok video kat bawah ni.. 😉😉 sambil-sambil tu boleh la subscribe youtube channel kami ye.

Bahan-bahan untuk Cucur Manis Viral :

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas
  • 3 sudu besar gula
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Masukkan tepung, gula dan Garam ke dalam bekas besar. Kacau rata.
  2. Masukkan pula air panas. Kacau sehingga sebati. Tunggu sehingga adunan sejuk sikit.
  3. Bulat-bulatkan adunan. (letak air sikit di tangan supaya tak melekat)
  4. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga keperangan.

cucur manis viralwp-image-587477836wp-image--253764407


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Advertisements

Comments

comments

2 Comments »

Leave a Reply