ikan siakap stim

Ikan Siakap Stim

Assalamualaikum. Menu makan tengah hari saya hari ni ikan siakap stim. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi ikan siakap 3 rasa ala Thai. Sesiapa yang nak cuba masakan ala Thai yang sedap ni boleh tengok resepinya disini. Kali ni saya nak buat stim pulak. Sesekali makan stim ni bagus jugakkan untuk kesihatan sebab tak menggunakan minyak. Kurang kolestrol. Lagipun sangat mudah nak buat.

Banyak versi dan cara nak buat ikan stim ni. Resepi yang saya kongsikan ni resepi yang simple je. Bujang-bujang pun boleh buat. Boleh tengok video cara nak buat ikan stim kat bawah ni ok.. Jangan lupa subcribe channel kami.. hehe..

Bahan-bahan Ikan Siakap Stim:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz sederhana)
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula
  • 2 sudu besar air limau kasturi
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 inci halia (hiris)
  • 2 batang serai (hiris)
  • 3 ulas bawang putih (hiris)
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 3 tangkai cili padi (hiris)
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Gaulkan ikan dengan garam dan gula secukupnya.
  2. Ratakan air limau, sos ikan dan sos tiram pada ikan.
  3. Masukkan kesemua bahan yang dihiris dan sedikit air jika perlu.
  4. Kukus selama 15 minit.
  5. Buka penutup kukus dan masukkan tomato. Kukus lagi lebih kurang 5 minit.

Ok ni saja resepi ikan siakap kukus yang senang dan simple dari saya. Sebenarnya nak masuk apa-apa bahan dalam ikan kukus ni boleh je. Ikut kegemaran masing-masing. Lepas ni ingat nak buat ikan siakap masam manis pulak. Terus follow Youtube channel Buat Orang Lapo ye.. 🙂

ikan siakap stimikan siakap stimikan siakap stimikan siakap stim


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top