chicken parmigiana

Chicken Parmigiana

Assalamualaikum… Minggu lepas saya dan family pergi makan di Secret Recipe. Suami saya order menu chicken parmigiana. Katanya pernah makan sebelum ni memang sedap. Then dia suruh saya cuba rasa. Rasa sekali memang sedap sangat chicken parmigiana ni rupanya. Rugi saya tak pernah makan sebelum ni. Haha.. Sebab saya ni selalu takut nak cuba menu baru kalau pergi mana-mana. Takut tak sedap nanti rugi bayar mahal-mahal. Haha.. Mesti order yang sama je setiap kali makan kat luar. So lepas try menu baru yang sedap macam ni saya rasa saya patut cuba order makanan yang lain-lain la kot kalau makan kat luar.

Then bila balik rumah suami saya suruh cuba buat sendiri chicken parmigiana ni. Mula-mula saya ingat resepinya susah sangat tapi bila Google resepinya, senang je rupanya. Hehe.. So saya try la buat sendiri. Ni 1st time saya buat chicken parmigiana. Nak kata rasanya sama dengan Secret Recipe punya tu memang bukan 100% sama la. Tapi yang pasti memang superb. Hehe.. Lagipun saya cuma menggunakan resepi yang ringkas dan guna sos sedia ada. Kalau korang rajin boleh jugak buat sos sendiri. Mungkin lagi sedap sebab boleh adjust sos ikut selera sendiri.

Jom tengok dulu video kat bawah ni supaya lebih senang nak faham cara-cara nak buat chicken parmigiana ni..

Bahan-bahan Chicken Parmigiana:

  • 2 Ketul Dada Ayam (ketuk sedikit)
  • 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • 1 sk Garam
  • 1 Telur
  • 1/2 Cawan Serbuk Roti (saya guna Cornflakes yg dihancurkan)
  • Sos Spaghetti
  • Mozarella / Parmessan / Cheddar Cheese

Cara-cara:

  1. Gaulkan tepung bersama serbuk lada hitam dan garam sehingga rata. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, pukul telur. Ketepikan.
  3. Celupkan ayam ke dalam tepung tadi. Kemudian celupkan pula ke dalam telur. Akhir sekali celupkan ke dalam serbuk roti/cornflakes.
  4. Goreng ayam sehingga keperangan.
  5. Angkat dan masukkan ke dalam loyang pembakar.
  6. Letakkan spaghetti sos ke atas ayam tadi (saya guna sos Prego) dan taburkan cheese.
  7. Bakar ayam selama 15 minit pada suhu 180°c.

Nota:

  • Ketuk ayam sedikit supaya ayam lebih lembut.
  • Boleh salutkan tepung dan telur 2 kali untuk dapatkan salutan yang lebih tebal.

chicken parmigiana


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top