Chocolate Souffle (Coklat Souffle)

Assalamualaikum.. Dalam banyak-banyak resepi yang saya dah pernah buat, chocolate souffle ni antara resepi yang agak susah untuk saya buat. Maklumla saya ni bukan expert bakers pun. Hihi.. Actually nak bancuh adunannya senang je sebab bahan-bahan tak banyak pun. Cuma bila masa nak bakar tu souffle ni tak naik cantik ke atas. Selalu die kembang dan tumpah meleleh ke bawah. Banyak kali jugakla saya cuba bakar souffle ni. Akhirnya jadi jugak. Nampak dalam video orang lain buat macam senang. Bila buat sendiri susah pulak dia nak jadi. Hehe. Tapi walaupun susah, rasa dia memang sedap, gebu, lembut. Bila makan tu rasa cair kat dalam mulut. Memang tak menyesal la percubaan yang beberapa kali tu. Hehe.. Next time boleh buat lagi. Harap-harap jadi lagi cun daripada yang ni.

Resepi ni saya ambil daripada 1 youtube video mat saleh (tapi tak ingat nama dia). Rasanya dia memang professional bakers kot sebab tengok dia buat chocolate souffle ni dan jugak resepi-resepi yang lain memang nampak senang dan hasilnya memang superb. Tapi pada sesiapa yang belum pandai bab baking ni jangan risau ye.. Kita sama-sama belajar slow-slow. Saya pun masih banyak lagi benda yang tak tahu dan perlu belajar. Kalau masakan tu tak menjadi, jangan la salahkan resepi pulak ye ataupun salahkan orang yang memberi resepi. Hehe.. Mungkin ada salah kita buat tu di mana-mana. Need to try again and again and again. Then kalau resepi tu tak berapa kena dengan selera kita, boleh la kita adjust sendiri ikut selara kita. Jangan la cakap resepi yang diberi tu tak sedap ye. Hehe.. Sebabnya mungkin resepi tu sedap bagi selera tuan punya badan, tapi tak kena dengan selera kita. Biasa la tekak kita ni kan lain-lain. Kalau tak pandai masak takpe, janji kita rajin nak mencuba untuk masak. Lama-lama mesti la jadi pandai.. kan kan kan? Hehe..

Ok la jom layan dulu video yang best dan menyelerakan kat bawah ni.

  • Bahan-bahan Chocolate Souffle:

  • 80g coklat masakan
  • 100ml cawan non dairy whipping cream
  • 3 sudu besar tepung gandum (diayak)
  • 2 biji kuning telur
  • 2 biji putih telur
  • 2 sudu besar gula
  • Mentega

Cara-cara:

  1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
  2. Bila coklat dah cair, tutup api dan masukkan whipping cream. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan tepung ke dalam mangkuk coklat tadi. Kemudian kacau.
  4. Masukkan kuning telur ke dalam campuran coklat. Kacau sampai sebati. Ketepikan.
  5. Dalam bekas lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit. Pukul sampai bertanduk. (Jadi meringue).
  6. Kemudian masukkan meringue ke dalam mangkuk campuran coklat tadi. Gaul secara kaup balik.
  7. Sapukan cup dengan mentega kemudian tabur gula sekeliling cup.
  8. Masukkan adunan ke dalam cup dan ketuk sedikit untuk mengeluarkan angin.
  9. Bakar selama 20 minit pada suhu 200°c.

chocolate soufflechocolate souffle


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply