Carrot Cake (Kek Lobak Merah) tanpa mixer

Assalamualaikum. Entry untuk kali ni saya kongsikan resepi carrot cake yang sangat sedap dan mudah untuk dibuat tanpa menggunakan mixer. Sebenarnya saya kurang minat dengan carrot cake ni tapi atas permintaan ramai, saya cuba buat. Masa cari resepi carrot cake ni, saya terjumpa resepi ni blog thesister. Apa yang membuatkan saya ingin mencuba resepi carrot cake ni ialah resepinya menggunakan nenas sebagai bahan tambahan untuk menyedapkan lagi rasa carrot cake ni. Pertama kali mencuba resepi ni, terus saya jadi minat dengan carrot cake. Ditambah pula dengan walnut, rasanya saya dah jadi peminat nombor satu carrot cake ni. Hehe.

Carrot Cake

Sebenarnya dah lama juga saya buat carrot cake ni. Cuma baru sekarang berpeluang nak tulis detail kat blog ni. Hehe. Boleh tengok video yang saya sediakan kat bawah ni. Memang sangat senang caranya. Kek ni tidak memerlukan mixer. Gaul adunan dengan menggunakan whisk atau senduk sudah mencukupi. Carrot tidak perlu diparut terlalu halus untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Jika ada yang tak sukakan rasa kayu manis, tak perlu letak. Tapi sebenarnya rasa kayu manis ni tak la terlalu kuat. Sesedap rasa je. Kacang walnut pula boleh digantikan dengan pelbagai kacang lain seperti badam ataupun pecan. Cuma pada selera saya, kacang walnut yang paling sedap untuk ditambah di dalam carrot cake ni. Kalau tak nak letak apa-apa kacang pun tak apa. Hehe.

Jom layan dulu video yang best kat bawah ni. Jangan lupa subscribe ye untuk dapatkan pelbagai lagi resepi yang menarik. 😉

Bahan-bahan Carrot Cake:

  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 sk Serbuk Penaik
  • 1 sk Soda Bikarbonat
  • 1 sk Serbuk Kayu Manis
  • 1 sk Garam
  • 2 Biji Telur
  • 1 1/4 Gula
  • 1 Cawan Lobak Merah (parut)
  • 1/2 Cawan Nenas (Cincang)
  • 1/2 Cawan Minyak Jagung@Minyak Masak
  • 1 Cawan Walnut

Cara-cara:

  1. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk penaik, soda bikarbonat, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
  2. Di dalam bekas lain, kacau telur sehingga hancur (tak perlu kembang). Kemudian masukkan gula, lobak merah, nenas dan juga minyak. Kacau rata.
  3. Masukkan bahan yang di ayak tadi. Gaul lagi sehingga sebati.
  4. Tambahkan kacang walnut dan gaul rata.
  5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 50-60 minit pada suhu 175°c mengikut oven masing-masing.

Topping:

  • 250 gm Krim Keju
  • 5-6 Sb Susu Pekat

Cara-cara:

  1. Pukul krim keju bersama susu pekat sehingga sebati dan sedikit kembang.
  2. Sapukan pada keseluruhan kek yang telah sejuk.

Nota:

  • Boleh tambah sedikit jus lemon untuk mengimbangkan rasa manis pada topping kek.

Carrot Cake

Carrot CakeCarrot cake


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.