Aiskrim Durian D24 Creamy Kalah McDonald

Assalamualaikum. Korang semua suka makan durian tak? Rugi tau siapa yang tak suka makan durian ni. Sedap hingga menjilat jari. Maklumlah kan buah durian ni raja segala buah. Mestilah sedapkan. Hehe. Bila tiba musim durian ni, mula la macam-macam idea yang timbul nak masak dengan durian ni. Menu yang paling famous berkaitan durian ni selalunya serawa @ bubur durian dan juga cucur durian. Tapi kali ni saya nak cuba buat aiskrim durian pula. Actually idea nak buat aiskrim durian ni sebenarnya timbul bila McDonald memperkenalkan aiskrim durian dalam menu dorang. Mesti ramai yang minat dengan aiskrim durian McDonald ni kan. So kali ni saya nak share resepi aiskrim durian yang super sedap kalah aiskrim durian McDonald. Haha.

Aiskrim Durian

Kepada penggemar durian, ni adalah antara resepi yang wajib dicuba. Saya menggunakan durian D24 untuk membuat aiskrim durian ni. Ala-ala McDonald la tu kan. Kih kih. Memang sedap sangat. Lagi sedap durian, lagi sedap la aiskrimnya. Boleh juga guna durian jenis lain. Susu pekat boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kemanisan buah dan citarasa masing-masing. Sebab ada durian yang manis. Ada yang kurang manis sikitkan. So rasa dulu la aiskrim tu nanti sebelum dibekukan. Kuantiti durian juga boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera. Nak rasa durian banyak, boleh lebihkan isi durian. Sekali cuba pasti nak lagi. Hehe.

Memandangkan harga durian sekarang semakin murah, jom la kita cuba buat aiskrim durian. Nak makan macam tu je kadang-kadang muak jugakkan bila dan terlalu banyak. Tapi sebelum buat tu, jom kita layan video yang best dan menyelerakan kat bawah ni.

aiskrim durian

Bahan-Bahan Aiskrim Durian:

  • 1/2 Cawan Durian
  • 1 – 2 Sb Susu Pekat
  • 250ml Krim Putar
  • 1/2 sk Ovalette
  • 1/2 sk Esen Vanila
  • Pewarna Makanan (Kuning)

Cara-cara:

  1. Kisarkan durian sehingga hancur. Masukkan susu dan kisar lagi.
  2. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga sedikit kembang.
  3. Masukkan durian yang dikisar tadi, ovalette, esen vanila dan sedikit pewarna kuning dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu.
  4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bertutup dan bekukan.

Nota:

  • Tak perlu kisar durian terlalu hancur jika nak ada rasa ketulan isi durian.

Aiskrim Durian

Aiskrim Durian


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top