Assalamualaikum.. Hari tu masa tengah membelek-belek phone sambil google macam-macam, saya terjumpa satu resepi yang nampak sangat menyelerakan iaitu resepi victoria sandwich cake. Victoria sandwich cake juga dikenali sebagai Victoria Sandwich atau Victoria Cake, yang diberi nama sempena Ratu Victoria, kerana Ratu Victoria ni suka makan kek span semasa minum petang. Victoria sandwich cake ni disediakan bersama lapisan jem strawberi atau rasberi dan juga lapisan whipped cream ataupun vanila cream di tengahnya. Lapisan cream dan jem ditengah kek ni seakan-akan sandwich. Mungkin sebab ni la kek ni diberi nama victoria sandwich cake.
Pada selera saya, victoria sandwich cake ni lebih sedap dimakan semasa sejuk. Kerana whipped cream ni terasa seperti aiskrim semasa ianya sejuk. Resepi kek ni sangat senang dan cepat untuk disediakan kerana ia adalah resepi asas kek yang biasa. Bahan yang digunakan untuk membuat kek ni juga sangat mudah untuk didapati.
Kepada yang bertanya kat mana nak beli non-dairy whipping cream, cream ni boleh dibeli di kedai yang menjual alatan dan bahan kek. Sebelum ni saya ada menyediakan resepi durian crepe yang menggunakan whipping cream. Kalau ada lebihan whipping cream masa buat victoria sandwich cake ni, boleh la guna whipping cream tu untuk buat durian crepe pulak. Nanti takda la membazir beli whipping cream. Hehe.. Boleh tengok resepi durian crepe kat sini.
Jom tengok video tutorial penyediaan victoria sandwich cake kat bawah ni.
Bahan-bahan Victoria Sandwich Cake:
- 200gm Gula Kastor
- 200gm Mentega
- 1 sk Esen Vanila
- 4 Biji Telur
- 200gm Tepung Naik Sendiri
- 2 Sb Susu Segar
- 200ml Krim Putar Bukan Tenusu
- Jem Strawberi
Cara-cara:
- Pukul gula, mentega dan esen vanila sehingga sebati dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu sambil pukul adunan.
- Masukkan pula tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati.
- Tambahkan susu segar dan kacau lagi.
- Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 35-40 minit pada suhu 170°c bergantung kepada oven masing-masing.
- Sejukkan kek yang telah masak dan potong kepada dua bahagian.
- Pukul whipping cream sehingga kental. Ketepikan.
- Letakkan jem strawberi di atas kek. Kemudian sapu pula whipping cream yang telah dipukul tadi. Lapiskan di atasnya dengan satu lagi lapisan kek tadi.
Nota:
- Saya menggunakan loyang bersaiz 8inci.
- Boleh bakar adunan menggunakan 2 loyang. (Bahagikan adunan kepada 2) Kurangkan masa membakar kepada 20-25 minit.
- Pastikan whipping cream berada dalam keadaan sejuk semasa dipukul supaya lebih senang menjadi kental.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo