Agar-Agar Roti Mudah (Sukatan Cawan dan Gram)

Assalamualaikum. Semasa bulan puasa ni, agar-agar adalah antara menu pencuci mulut yang paling senang disediakan sebagai menu berbuka dan juga sedap. Kali ni saya akan kongsikan resepi agar-agar roti mudah yang sedap dan sangat lembut teksturnya. Agar-agar roti ni juga dikenali dengan nama puding roti. Tapi sebab tak nak keliru dengan resepi puding roti yang jenis bakar tu, saya letak nama dia agar-agar roti. Kalau nak resepi puding roti bakar@kukus, boleh rujuk kat sini.

Resepi agar-agar roti ni sangat mudah untuk disediakan dan juga sedap. Kalau ada lebihan roti dirumah boleh guna untuk membuat agar-agar roti ni. Maklumla bulan puasa ni selalu roti susah nak habis sebab siang-siang tak boleh makankan. Malam pula kurang dah selera tengok roti kosong bila ada juadah berbuka yang lain. Hehe. So kita tukar roti kosong tu jadi menu yang lebih sedap dan menyelerakan.

Agar-agar roti ni boleh dibuat dengan pelbagai perisa mengikut kegemaran masing-masing. Saya buat perisa coklat dan tambah dengan 1 warna yang lain untuk bagi cantik. Kalau tak ada perisa coklat, boleh letak serbuk koko. Pastikan serbuk koko dibancuh dengan sedikit air supaya tidak berketul. Nak letak perisa lain pun boleh. Agar-agar roti ni sesuai dimakan semasa sejuk. Buat pagi-pagi, petang nanti nak berbuka dah boleh makan dah.

Ok jom kita tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni kalau nak lebih senang faham cara-cara untuk membuatnya. Sesambil tu jom subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan banyak lagi resepi yang menarik dan terbaru.

agar-agar roti

 

Bahan-bahan agar-agar roti:

  • 4 keping roti
  • 3/4 cawan @ 190ml susu cair
  • 1/2 cawan @ 125 ml air
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan @ 100 gram susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 10 gm @ 1 paket serbuk agar-agar
  • 3 cawan @ 750 ml air
  • 1/2 cawan @ 100 gm gula kastor
  • 2 sudu besar @ 28 gm mentega
  • Sedikit coklat emulco (@serbuk koko-larutkan dengan sedikit air)
  • Sedikit pewarna makanan

Cara-cara membuat agar-agar roti:

  1. Kisar roti bersama susu cair, air, telur, susu pekat manis dan juga esen vanila sehingga hancur dan halus. Ketepikan.
  2. Di dalam kuali, larutkan serbuk agar-agar dengan 3 cawan air. (Bahagian ni tertinggal dalam video-MINIT KE 1:14)
  3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
  4. Masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi. Kacau sehingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sehingga mendidih dan adunan sedikit pekat.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan coklat emulco atau pewarna pilihan masing-masing.
  7. Sejukkan di peti sejuk sehingga keras.

agar-agar roti

agar-agar roti

agar-agar roti


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply