Lasagna Roti Yang Sangat Sedap Dan Mudah

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan resepi lasagna yang sangat mudah. Resepi ni tak perlu menggunakan kulit lasagna sebab saya cuma gunakan roti. Jadi ianya lebih senang dan juga murah. Kalau nak resepi lasagna yang menggunakan kulitnya yang biasa, boleh rujuk pada resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ni.

https://youtu.be/5GTe0WRQMwU

Dalam resepi ni, saya masukkan cream cheese sebagai penambah rasa kepada lasagna ni. Inti lasagna ni boleh dipelbagaikan. Ayam boleh digantikan dengan daging dan semua bahan boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Saya menggunakan ayam segar yang dicincang halus. Kalau nak guna ayam kisar yang dah siap dalam paket plastik tu pun boleh juga. Cuma pada saya ayam atau daging segar ni lebih sedap rasanya. Boleh cincang atau kisar dengan food processor.

Kalau nak pedas, boleh lebihkan empingan cili atau tambah cili kisar semasa menumis. Boleh adjust bahan-bahan mengikut kesesuaian. Keju keping pula boleh digantikan dengan keju cheddar parut, keju mozarela, parmesan dan sebagainya. Saya gunakan keju keping sebab tak ada stok keju yang lain kat rumah. Hehe. Tapi yang paling penting jangan skip krim keju sebab rasa masam krim keju ni yang akan seimbangkan rasa dan menambah kesedapan lasagna ni

Ok kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat lasagna roti ni, boleh tengok video resepi yang saya sediakan kat atas. Jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.

Bahan-bahan lasagna roti:

  • 1 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 400 gram dada ayam (dicincang)
  • 2 biji tomato
  • 300 gram sos spaghetti
  • 3 sb sos cili Jalen
  • 3 sb sos tomato Jalen
  • 1 kiub ayam (@garam secukupnya)
  • Gula secukup rasa
  • 1/2 sb emping cili
  • 1/2 sb herba campuran
  • 250 gram krim keju (cream cheese)
  • 1/4 cawan susu cair
  • Roti
  • Keju cheddar (boleh tukar keju lain)

Cara-cara:

  1. Panaskan sedikit minyak zaitun atau minyak masak. Tumis bawang holland dan juga bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan pula ayam dan kacau sehingga ayam masak.
  3. Bila ayam dah masak, masukkan tomato yang telah dicincang. Masak sehingga tomato layu.
  4. Kemudian masukkan sos spagethi, sos cili dan sos tomato Jalen. Kacau rata.
  5. Masukkan kiub ayam atau garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan empingan cili jika mahu pedas.
  7. Tambah herba campuran, herba itali atau oregano untuk lebih rasa yang sedap. Masak sehingga kuah sedikit kering. (jangan terlebih kering). Ketepikan.
  8. Pukul krim keju bersama susu cair sehingga sedikit kembang dan creamy. Ketepikan.
  9. Leperkan roti secukupnya.
  10. Sediakan loyang pembakar yang sesuai. Ratakan sos yang telah dimasak tadi. Kemudian lapiskan dengan roti. Ratakan pula krim keju dan taburkan keju cheddar secukupnya. Ulang proses ini sehingga habis.
  11. Untuk layer terakhir, letak sos spagethi yang dimasakkan layerkan dengan taburan cheddar cheese.
  12. Bakar pada suhu 160ºC selama 30 minit atau cheese nampak kekunigan. (pastikan oven dipanaskan dahulu)
lasagna roti

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply