Udang Butter Cereal Rangup Dan Menyelerakan

Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan resepi kegemaran kami iaitu udang butter cereal. Sebelum ni saya pernah kongsikan resepi udang butter yang dihidangkan bersama sarang telur. Secara asasnya, resepi ni hampir sama, cuma udang butter yang saya buat sebelum ni berkuah kerana ianya di masak dengan susu cair. Manakala udang butter cereal ni pula rasanya sangat rangup sebab udang di salut dengan gorengan nestum@cereal.

Rasa lemak mentega dan kerangupan udang butter cereal ni memang sedap. Tambah pula cereal yang digoreng rangup dengan mentega. Cereal yang saya gunakan ialah nestum original. Boleh juga menggunakan jenis cereal yang lain selain nestum untuk pelbagaikan rasanya. Tapi pada selera saya, nestum yang paling sedap sebab ianya akan menjadi rangup bila digoreng bersama mentega.

Udang boleh digoreng dengan bahan lain seperti serbuk kunyit, serbuk kari, telur dan sebagainya. Terpulang kepada citarasa masing-masing. Saya letak tepung jagung supaya udang yang digoreng menjadi lebih rangup. Perap udang seketika supaya bahan-bahan yang digaul akan meresap dan sebati dengan udang. Kesemua bahan-bahan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut selera masing-masing. Semasa menggoreng cereal, tak perlu tambah garam kerana mentega dan juga udang sudah masin.

Kalau nak lebih senang faham cara untuk membuat udang butter cereal ni, boleh tengok video resepi yang saya sediakan kat atas. Boleh juga subscribe YouTube Channel kami untuk dapatkan lebih banyak video resepi yang terbaru dan menarik.

Bahan-bahan udang butter cereal:

  • 200 gram udang
  • garam
  • serbuk lada hitam
  • serbuk lada sulah
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 ulas bawang putih
  • 3-4 tangkai cili padi
  • daun kari
  • 1/2 cawan nestum

Cara-cara membuat udang butter cereal:

  1. Gaulkan udang bersama garam secukup rasa dan juga serbuk lada hitam serta lada sulah.
  2. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga rata. Perapkan seketika.
  3. Goreng udang di dalam minyak yang banyak sehingga masak.
  4. Panaskan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih, cili padi dan juga daun kari sehingga naik bau.
  5. Masukkan pula nestum dan goreng sehingga garing dan nestum menjadi rangup.
  6. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap!

udang butter cerealudang butter cerealudang butter cerealudang butter cereal


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top