Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan resepi bihun goreng tomyam yang sangat sedap. Terinspirasi untuk buat bihun goreng tomyam ni setelah berjaya membuat nasi goreng tomyam yang sangat sedap yang pernah saya buat sebelum ni. Hehe. Boleh tengok resepinya di sini.
Bahan asas yang saya gunakan untuk membuat bihun tomyam ni adalah bawang, cili, serai, daun limau purut dan juga thai chili paste. Korang boleh juga gunakan tomyam paste untuk gantikan thai chili paste tu. Rasanya lebih kurang sama sahaja.
Jika ingin rasa yang lebih pedas, boleh lebihkan cili atau kurangkan cili untuk rasa kurang pedas semasa mengisar bahan2. Korang juga boleh tambahkan cili padi yang diketuk semasa menggoreng jika suka mengikut selera masing-masing. Jika ingin rasa sedikit masam boleh juga perahkan limau nipis atau limau kasturi. Bihun pula boleh digantikan dengan mee, kuew tiaw, spagetti atau sebagainya terpulang kepada citarasa masing-masing. Korang mesti cuba resepi bihun goreng tomyam yang sangat menyelerakan ni yea!
Sebelum cuba resepi bihun goreng tomyam ni, jom layan dulu video yang kami sediakan kat atas ni dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lebih banyak resepi yang terbaru dan best.
Bahan-bahan bihun tomyam:
Bahan utama:
- 200 gram Bihun
- Air
Bahan kisar:
- Bawang putih
- Bawang besar
- Cili kering
Bahan goreng:
- 3 sb Bahan kisar
- 3 sb Pes chili thai (@ pes tomyam)
- 2 btg Serai
- Ayam (didadu)
- Udang
- Lobak merah
- 3 helai Daun limau purut
- 2 sb Sos tiram
- Air
- Garam secukup rasa
- Sawi
Cara-cara membuat bihun tomyam:
- Tumiskan bahan kisar iaitu bawang putih, bawang merah dan cili kering. Kemudian masukkan thai chili paste dan serai. Kacau sebentar.
- Tambahkan ayam dan udang. Kacau lagi sehingga separuh masak. (Boleh juga tukar apa-apa lauk kesukaan masing-masing).
- Tambahkan sayur carrot atau apa-apa sayur kegemaran masing-masing dan daun limau purut.
- Masukkan sos tiram dan sedikit air. Perasakan dengan garam secukupnya.
- Kacau sebentar dan kemudian terus masukkan bihun dan kacau rata.
- Akhir sekali, boleh tambahkan sayuran yang cepat lembut seperti sawi, taugeh dan tomato. Kacau sehingga bihun masak. Siap untuk dihidang!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo