September 28, 2020

Popia Vietnam Dengan Sos Pencicah Power

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bersua lagi kita dalam entri kali ini. Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang pernah viral di media social satu ketika dulu iaitu popia vietnam. Popia vietnam atau vietnamese spring roll ini merupakan sejenis makanan pembuka selera yang berasal dari negara Vietnam dan semakin popular di Malaysia.

Apa yang membezakan popia vietnam ini dengan popia biasa yang kita makan di sini adalah bahan inti dan sayurannya yang dihidang segar dan kemudian digulung menggunakan ‘rice paper’ atau kertas beras tanpa digoreng. Jadi tidak hairan la sekiranya popia vietnam ini dikatakan salah satu menu atau hidangan sihat dan sangat sesuai untuk sesiapa yang tengah berdiet. Sebab apabila kita makan popia ni seolah-olah kita makan salad. Bahkan, orang yang tak suka sayur pun boleh terpikat. Lebih-lebih lagi apabila dicicah dengan sos pencicahnya yang sedap dan power! Hehe.

Actually, ada pelbagai bahan yang digunakan untuk membuat popia vietnam ni. Tapi untuk resepi kali ini saya hanya menggunakan bahan yang simple seperti salad, timun, daun ketumbar, bihun dan udang. Korang boleh gantikan udang dengan bahan lain seperti jejari ketam atau hirisan ayam yang direbus atau digoreng tanpa minyak. Sayur-sayuran pula boleh tambahkan daun pudina, lobak merah atau sebagainya. Bihun juga boleh digantikan dengan suhun jika suka, terpulang pada selera dan citarasa masing-masing.

Popia vietnam ni sesuai dihidangkan bersama sos cili thai, sos biasa ataupun sos kacang. Tapi korang boleh buat sendiri sos pencicah homemade power seperti yang saya kongsikan di sini. Hehe. So, apa tunggu lagi, jom kita buat resepi ni.

Popia Goreng

Oh ye.. kalau nak cuba resepi popia goreng yang luar biasa, boleh cuba popia carbonara ni. Memang sedap makan macam tu je tanpa perlu sos. Ada lebih kulit popia tu boleh cuba popia lapis rangup ni pulak. Sedap juga dicicah dengan sos yang saya sediakan kat sini.

Tapi sebelum korang nak buat resepi popia vietnam ni, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas supaya lebih senang nak faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan popia vietnam:

  • Udang
  • Kertas Beras
  • Salad
  • Timun
  • Bihun
  • Daun Ketumbar

Cara-cara membuat popia vietnam:

  1. Rebus udang sehingga masak. Toskan dan kupas kulit udang.
  2. Kemudian, rebus bihun sehingga lembut dan toskan (lalukan di bawah air sejuk untuk mengelakkan bihun melekat).
  3. Potong timun memanjang dan ketepikan.
  4. Basahkan piring (untuk mengelakkan kertas beras melekat), kemudian sediakan mangkuk yang berisi air, celupkan kertas beras di dalam mangkuk yang berisi air dan letakkan di atas piring tadi.
  5. Akhir sekali, letakkan sayur salad, timun, bihun, daun ketumbar dan udang di atas kertas beras, kemudian gulungkan dengan kemas.

Bahan-bahan sos:

  • 1 sb Minyak Masak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 tangkai Cili Padi
  • 4 sb Sos Cili Thai
  • 2 sb Sos Ikan
  • 1/2 cawan Air
  • 1 sb Jus Limau
  • 1/2 sb Tepung Jagung (dibancuh dengan sedikit air)

Cara-cara membuat sos:

  1. Tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  2. Masukkan sos cili thai, sos ikan, air dan jus limau. Masak hingga mendidih, boleh tambahkan garam dan gula jika suka.
  3. Tambahkan air tepung jagung masak lagi hingga sos menjadi likat. Siap!
popia vietnam
popia vietnam
popia vietnam
popia vietnam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →
%d bloggers like this: