Roti Putih Lembut Dan Gebu (Guna Teknik Water Roux)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Bertemu lagi kita dalam entri kali ini. Korang suka makan roti tak? Hehe. Anak-anak saya memang penggemar roti tegar. Kalau beli roti satu hari je diaorang boleh habiskan. Hehehe. Bila anak-anak suka makan roti jadi saya cuba buat roti sendiri. Lebih jimat dan puas makan kalau buat sendiri. So hari ni saya nak kongsikan resepi roti putih yang hasilnya sangat lembut dan gebu.

Roti putih yang saya buat ni menggunakan kaedah atau teknik water roux. Ia juga dikenali dengan nama tangzhong atau yudane. Water roux ialah tepung yang dimasak dalam air atau susu yang digunakan untuk meningkatkan tekstur roti dan menjadikannya lembut dan gebu. Adunan ini mempunyai kelembapan. Apabila ianya dicampur ke dalam doh roti, tekstur roti akan menjadi lembut dan gebu. Roti juga akan kekal lembut lebih lama. Doh perlu di uli sehingga elastik, kemudian biarkan doh naik sehingga dua kali ganda untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Ada beberapa jenis resepi roti yang pernah saya kongsikan sebelum ini. Antaranya ialah roti boy, roti golok, roti puri, dan sebagainya.

Pelbagai Roti

Dengan resepi ini juga korang boleh buat pelbagai lagi jenis dan bentuk roti seperti roti berinti kaya, roti kacang merah, roti sardin, roti sosej, roti keju, roti gula dan sebagainya mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Roti putih ini sangat sedap di makan semasa panas dan ianya boleh di makan begitu sahaja. Saya dan suami suka cicah dengan air kopi atau air teh o. Anak-anak pula suka makan dengan kaya atau nutella. So, korang boleh cuba buat sendiri roti putih ni dan tak perlu nak beli lagi di kedai. Hehehe. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat roti putih ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami okay.

Bahan-bahan roti putih:

Bahan untuk water roux:

  • 3 Sudu besar Susu Penuh Krim
  • 3 Sudu besar Air
  • 2 Sudu besar Tepung Roti

Bahan-bahan lain:

  • 1 Biji Telur (gred A)
  • 2 Sudu Besar Mentega Cair
  • 113 ml Air
  • 1/4 Cawan @ 50 gm Gula
  • 1 Sudu Besar Yis Segera
  • 2 1/2 Cawan @ 312 gm Tepung Roti
  • 2 Sudu Besar @ 18 gm Susu Tepung
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 1/2 Sudu Kecil Bread Improver
  • 1/2 Sudu Kecil Pelembut Roti

Cara-cara untuk membuat roti putih:

  1. Untuk membuat water roux, masukkan susu segar, air dan tepung roti ke dalam periuk. Kacau sehingga tepung larut.
  2. Masak sehingga likat menggunakan api kecil dan kacau selalu supaya tidak berketul-ketul. Angkat dan biarkan sejuk.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan telur, air, mentega cair, gula dan yis. Kacau rata.
  4. Tambahkan tepung roti, susu tepung, garam, bread improver dan pelembut roti. Uli sehingga adunan sebati.
  5. Kemudian masukkan water roux tadi. Uli lagi sehingga adunan menjadi doh yang lembut, licin dan tidak melekat di tangan.
  6. Tutup doh dan rehatkan sampai naik dua kali ganda. Biarkan doh kembang lebih kurang 1 jam.
  7. Lepas doh kembang, keluarkan dari bekas dan uli doh di atas papan pencanai yang telah di tabur dengan sedikit tepung.
  8. Kemudian, leperkan doh menggunakan penggelek.
  9. Selepas itu, gulungkan doh dengan kemas dan masukkan ke dalam loyang pembakar yang telah dioleskan dengan minyak.
  10. Tutup loyang pembakar dan biarkan sehingga doh naik dua kali ganda. Biar doh kembang sekali lagi lebih kurang 30 hingga 40 minit.
  11. Bakar pada suhu 175ºC / 347ºF selama 20 hingga 25 minit. Pastikan oven di panaskan dahulu sebelum memasukkan doh.
  12. Selepas roti masak, sejukkan dahulu sebelum di potong.

Nota:

Sekiranya menggunakan Bread Maker boleh masukkan kesemua bahan sekali. Tapi pastikan water roux telah disejukkan terlebih dahulu.

Roti Putih
Roti Putih
Roti Putih
Roti Putih

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo