Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan dengan semua satu lagi resepi kuih tradisional yang sangat sedap dan tidak pernah di telan zaman iaitu kuih tepung bungkus. Kuih tepung bungkus ini memang menjadi kegemaran kami sekeluarga apabila emak saya membuatnya ketika kami pulang ke kampung. Kuih tepung bungkus ini juga adalah salah satu kuih yang sangat laris di gerai emak saya selain kuih bom yang pernah saya kongsikan resepinya di sini. Rata-rata pelanggan yang datang ke gerai kuih emak saya akan memuji kesedapan kuih tepung bungkus ini kerana rasa yang cukup lemak dan inti kelapa yang manis di dalamnya. Di tambah pula dengan aroma daun pisang sebagai pembungkus kuih ni, memang sangat awesome!! Haha..
Kuih tepung bungkus ini di buat dari tepung beras dan santan untuk bahagian luarnya. Santan segar yang pekat diperlukan untuk dicampurkan bersama tepung beras dan di masak sehingga likat. Bagi mengelakkan tepung bungkus ini melekat pada daun pisang, pastikan santan yang digunakan adalah santan asli segar yang pekat. Untuk bahagian dalamnya pula, emak saya gunakan inti kelapa manis yang di salut dengan tepung pulut supaya kuih ini lebih sedap. Ada juga sesetengah orang yang terus isikan inti kelapa sahaja tanpa tepung pulut, namun rasanya kurang sedap.
Masa mengukus kuih ini pula tidak boleh terlalu lama untuk mengelakkan tepung bungkus menjadi lembik dan air kukusan akan masuk ke dalam kuih. Kuih ini lebih sedap di makan semasa sejuk. Jadi, kepada peminat kuih tepung bungkus ni boleh cuba buat sendiri kuih ni yea. Selamat mencuba semua!
Saya ada sediakan video cara memasak kuih tepung bungkus kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best, mudah serta memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Kuih Tepung Bungkus:
Bahan bahagian luar kuih:
- 3 cawan Santan Pekat
- 1 cawan Tepung Beras Cap Teratai (guna cap teratai untuk mendapatkan warna kuih yang putih dan kuih yang sedap)
- 1 sb Tepung Gandum
- 1/2 sk Garam
- 1 sb Gula
- Daun Pisang Secukupnya (perlu dilayur terlebih dahulu)
Bahan bahagian dalam kuih:
- 250gm Tepung Pulut
- 1 sb Tepung Gandum
- Air Secukupnya
- Inti Kelapa Secukupnya
Cara-Cara Untuk Membuat Kuih Tepung Bungkus:
- Mula-mula sediakan bahagian dalam kuih dahulu.
- Masukkan tepung pulut dan tepung gandum serta sedikit air ke dalam mangkuk. Uli tepung sambil tambah air sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat di tangan dan menjadi doh.
- Ambil sedikit doh, buat lubang ditengahnya kemudian letakkan inti kelapa didalamnya dan bulat-bulatkan.
- Ulangi langkah ini dan buat sehingga kesemua doh habis. Ketepikan dahulu.
- Sementara itu, sediakan pula bahagian luar kuih.
- Masak santan, tepung beras, tepung gandum, garam dan gula menggunakan api yang sederhana sehingga likat. Adunan tepung ini hekdaklah sentiasa dikacau supaya tidak berkerak dan hangit.
- Angkat dan terus letakkan sedikit adunan tepung ke atas daun pisang dan ratakan sedikit (jangan tunggu sehingga adunan sejuk kerana adunan tepung akan cepat mengeras).
- Kemudian, letak pula 2 biji doh tadi di tengahnya dan bungkus kuih dengan kemas. Boleh rujuk video untuk cara membungkus kuih. Buat sehingga habis.
- Kukus kuih selama 10 hingga 15 sahaja. Pastikan pengukus di panaskan terlebih dahulu sehingga air mendidih sebelum mengukus kuih. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo