roti canao

Roti Canai Resepi Mak Buat Meniaga

roti canai
Tengok cara untuk buat Roti Canai di video ini

Roti canai merupakan makanan kegemaran rakyat malaysia yang tak mengira bangsa. Video kali ni saya nak kongsikan cara untuk menghasilkan roti canai yang lembut dan juga garing. Yang paling penting sedap dan bersih. Kami telah mencuba 2 versi doh roti canai, versi pertama menggunakan mentega, manakala versi kedua tidak menggunakan mentega. Untuk pengetahuan semua 40% dalam video ni merupakan video versi pertama yang menggunakan mentega. Tapi saya telah edit video ni supaya bersesuaian dengan versi kedua yang tidak menggunakan mentega. Diharap jangan keliru dengan kelibat mentega yang korang mungkin nampak dalam video. Sila abaikan mentega tersebut. Saya tak rajin sangat nak rakam semula video semata nak buang mentega tu je (bukan mudah nak buat video ni). Video ini telah diedit sebaik mungkin untuk mengelakkan kekeliruan.

Resepi kari ayam https://www.youtube.com/watch?v=d2uM_XbTzUc

Bahan-Bahan

  • 1 Cawan Air (250 ml)
  • 1 biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 2 Sudu Besar Susu Pekat
  • 4 Cawan Tepung Gandum (500 gram)
  • Marjerin (Untuk sapu pada doh)

Scroll to Top