Resepi Bingka Ubi Kayu Yang Sedap Rasa Lemak Manis

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih tradisional iaitu bingka ubi. Kuih bingka ubi atau dikenali sebagai bengkang ubi kayu, merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada ubi kayu. Kuih tradisional ini menggunakan bahan tempatan sepenuhnya. Korang juga boleh tengok resepi bingka roti pandan dan bingka susu di sini ____ yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

bingka ubi

Bingka ubi kayu ni antara kuih tradisional kegemaran saya. Rasanya yang lemak manis memang sedap untuk dijadikan hidangan minum petang. Lebih-lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu. Kerak tu yang menjadikan rasa bingka ubi ni sangat sedap. Kalau ada kerak-keraknya tu, memang berebut saya dan suami makan. Hehehe. Ingat lagi dulu-dulu semasa di kampung emak selalu masak bingka ubi ni, renyah jugak sebab masa tu emak saya masak menggunakan dapur kayu. Dulu-dulu mana la ada oven macam sekarang, kalau ada pun seingat saya oven kotak empat segi jenama Butterfly yang warna hitam tu. Oven yang tu kena pakai dapur gas. Kalau terlupa atau tak jaga apinya memang cepat hangus! Hehehe. Tapi sekarang dah senang dan moden bingka ubi ni boleh di bakar hanya menggunakan oven elektrik.

Kuih bingka ubi ini menggunakan ubi kayu yang telah disagat, gula serta santan, dan tidak memerlukan bahan asing seperti tepung sedikit pun. Saya menggunakan gula putih, tapi boleh juga ditukarkan dengan gula merah, gula melaka atau gula kabung jika suka, ikut selera dan citarasa masing-masing. Bingka ubi ini sesuai untuk dihidangkan pada majlis-majlis keraian atau untuk hidangan minum petang yang cukup menyelerakan. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat bingka ubi kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara penyediaannya dan korang jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan bingka ubi:

4 Cawan Ubi Kayu (Sukat selepas diparut)
3/4 Cawan Gula (Revised balik sebab lepas makan banyak-banyak rasa manis pulak)
2 Cawan Santan Pekat
1 Sudu Kecil Garam

Cara-cara untuk membuat bingka ubi:

  1. Parut atau sagat ubi kayu sehingga halus. Ketepikan.
  2. Masukkan gula, santan dan garam ke dalam mangkuk dan kacau hingga gula hancur.
  3. Masukkan adunan santan ke dalam parutan ubi kayu tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Kemudian, tuang adunan ke dalam acuan atau loyang bersaiz 8 atau 9 inci yang telah disapukan dengan sedikit minyak.
  5. Bakar adunan pada suhu 200°C lebih kurang 1 hingga 2 jam atau sehingga masak bergantung kepada oven masing-masing. Jika sukakan bingka ubi yang berkerak boleh tambahkan masa membakarnya.

Nota:

  • Ubi kayu juga boleh di kisar halus menggunakan blender. Jika kisar menggunakan blender, gunakan air sedikit sahaja dan tapis dahulu supaya tidak berair.
  • Pastikan bingka ubi ini betul-betul sejuk dahulu sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo