Assalamulaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Hari ni sekali lagi saya ingin kongsikan resepi kuih tradisional yang menjadi kuih jualan emak saya di gerainya. Kuih ni kami sekeluarga panggil kuih bijan. Ada juga yang panggil kuih bom, kuih bom bijan, kuih onde-onde dan sebagainya. Apa pun namanya kuih ini tetap menjadi salah satu kuih pilihan utama pelanggan emak saya di gerainya. Kuih bijan yang garing diluarnya, lembut dan chewy di dalamnya serta manis dari intinya membuatkan kuih ini mempunyai penggemarnya yang tersendiri.
Untuk kuih bijan ini pelbagai jenis inti yang boleh kita letak di dalamnya seperti inti kacang merah, inti kacang hijau, inti kelapa dan macam-macam lagi ikut kegemaran dan citarasa masing-masing. Saya lebih suka inti kacang merah dan juga inti kelapa. Di sini, emak saya juga kongsikan tips bagaimana untuk mengelakkan kuih ini supaya tidak pecah dan meletup semasa menggorengnya. Tipsnya ialah kuih bijan ini perlu diperap dahulu sebelum di goreng. Pastikan juga minyak tidak terlalu panas ketika menggoreng kuih dan gunakan api yang sederhana perlahan supaya hasil gorengan sekata dan kuih masak hingga ke bahagian dalam serta kuih akan jadi cantik.
Biasanya kuih bijan ini bewarna coklat diluar dan putih sahaja di dalamnya. Namun sekarang sudah ada kuih bijan yang berwarna warni. Hehehe. Korang boleh tambahkan pewarna makanan di dalam adunan tepung jika suka kuih bijan yang bewarna warni. Namun, ini terpulang kepada selera masing-masing yea. Bagi saya, warna asli sudah memadai. Kuih bijan ini sesuai dijadikan sarapan pagi atau juadah untuk minum petang. Selamat mencuba semua!
Sebelum korang cuba buat resepi kuih bijan ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara penyediaan dan cara membuat kuih bijan ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Kuih Bijan:
- 2 Cawan Tepung Pulut
- 1/2 Cawan Tepung Gandum
- 1/2 Sudu Kecil Garam
- Air Secukupnya
- Bijan Secukupnya
Cara-Cara Untuk Membuat Kuih Bijan:
- Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Gaul rata.
- Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan sehingga sebati dan tidak melekat di tangan.
- Kemudian, ambil sedikit adunan leperkan di tengahnya dan letakkan inti kacang merah atau apa-apa inti kesukaan masing-masing tutupkan dan bentukkan bulat.
- Salutkan dengan bijan diluarnya sambil tekan-tekan sedikit. Buang lebihan bijan.
- Ulangi langkah 3 dan 4 di atas sehingga semua adunan habis.
- Tutup kuih dengan kain lembab dan perap sekurang-kurangnya 2 jam untuk mengelakkan kuih ini pecah dan meletup semasa menggoreng.
- Goreng kuih dalam minyak yang tidak terlalu panas dan gunakan api sederhana supaya kuih masak sekata sehingga ke bahagian dalam.
- Apabila kuih bertukar menjadi kecoklatan angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo