June 6, 2020

Resepi Terbaru


Murtabak Maggi Mudah, Sedap Dan Pasti Jadi

murtabak maggi

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan salah satu menu yang pernah menjadi viral di media social iaitu murtabak maggi. Siapa yang tak suka makan maggi atau mi segerakan? Saya pasti semua orang suka makan maggi. Maggi ni selain dari boleh di masak begitu sahaja ia boleh juga di goreng dan di buat murtabak. Rasanya jangan cakap la, sudah tentu la sedap. Hehehe. Murtabak maggi ini juga sesuai dijadikan sebagai juadah berbuka puasa. Biasanya murtabak maggi ni saya beli dekat bazar ramadhan, tetapi memandangkan tahun ni takde bazar, so apa kata kita cuba buat sendiri. Bukan susah pun nak buat murtabak maggi ni, bahan-bahannya pun mudah je, malahan lebih jimat kalau buat sendiri dan korang boleh ajak anak-anak tolong sekali. Pasti mereka akan suka. Hehehe..

murtabak maggi
Tonton video ini untuk cara menghasilkan Murtabak Maggi

Cara nak buat murtabak maggi ni senang je. Saya gunakan mi segera perisa kari. Boleh jugak guna perisa lain kalau nak rasa yang berlainan. Boleh letak apa saja bahan dalam murtabak ni. Biasanya bawang dan cili saya goreng terlebih dahulu untuk mendapatkan aroma dan rasa yang lebih sedap dan wangi. Kalau nak masuk terus dalam adunan telur pun boleh juga. Ayam boleh digantikan dengan daging atau udang dan sebagainya terpulang pada selera dan citarasa masing-masing yea. Dalam resepi ni saya tambahkan keju mozarella di atasnya. Korang boleh gantikan dengan keju cheddar atau sebagainya jika suka. Kalau takde keju pun takpe, so tak payah la letak okay.

Murtabak maggi ni sesuai dihidangkan pada bila-bila masa sahaja dan boleh dihidangkan dengan cili sos dan juga mayonis sebagai penambah rasa. Kalau korang tengah lapar dan malas nak masak masakan yang susah-susah tu, murtabak maggi ni adalah pilihan yang sangat sesuai untuk dimasak sebab ianya cepat, senang dan ringkas. Lebih-lebih lagi untuk orang bujang. Hehehe. Malahan murtabak maggi ini juga mengenyangkan. Okay apa tunggu lagi, jom kita buat! Selamat mencuba.

Tapi, sebelum korang cuba buat murtabak maggi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Murtabak Maggi:

  • Mi Segera Perisa Kari
  • 100 gram Ayam Cincang
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1/2 Biji Cili Besar Merah
  • 2 Biji Telur
  • Perencah Kari
  • Lobak merah
  • Daun Ketumbar
  • Keju Mozarella (Tidak Wajib)

Cara-Cara Untuk Membuat Murtabak Maggi:

  1. Rebus mi segera selama 2 minit mengikut arahan pada bungkusan mi. Angkat, toskan dan ketepikan dahulu.
  2. Goreng ayam dengan sedikit minyak sehingga ayam masak . Angkat dan ketepikan.
  3. Goreng pula bawang besar dengan sedikit minyak sehingga garing bersama cili besar merah. Angkat dan ketepikan.
  4. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan campurkan dengan perencah mi segera, pukul hingga sebati.
  5. Kemudian, masukkan bawang dan cili yang digoreng tadi, lobak merah, ayam yang telah digoreng tadi, daun ketumbar serta mi segera yang telah direbus. Gaul kesemuanya sehingga bersalut dengan telur.
  6. Panaskan kuali dengan sedikit minyak, ambil separuh mi segera yang bersalut telur tadi dan goreng sehingga bawahnya kekuningan dan terbalikkan.
  7. Selepas itu, taburkan keju mozarella di atasnya dan tutup kuali supaya keju cepat cair. Bila dah masak boleh angkat dan hidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: