Almond Crunchy Clusters Yang Rangup Bercoklat Mewah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Biasanya, minggu akhir raya ni tentunya semua orang sangat sibuk nak menyediakan keperluan serta kelengkapan Hari Rayakan. Walaupun Hari Raya tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ni kerana kebanyakkan dari kita tidak dapat pulang ke kampung, namun kita perlu bersyukur dan redha kerana kita masih lagi dapat meraikan Aidilfitri dalam keaadaan yang aman dan damai tidak seperti negara-negara Islam lain yang sedang bergolak. Saya pasti ramai yang bersedih termasuk la saya juga, tapi sekurang-kurangnya kita masih boleh berhari raya di rumah masing-masing dan menyambut kedatangan Syawal dengan jiran-jiran atau saudara mara terdekat. Jadi untuk menambahkan keceriaan Hari Raya korang nanti, hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi biskut raya iaitu Almond Crunchy Clusters yang mana ini adalah resepi biskut raya terakhir dari saya untuk tahun ni.

almond crunchy clusters
Tengok video ini untuk cara menghasilkan resepi ini dengan mudah

Resepi Almond Crunchy Clusters sangat mudah untuk disediakan dan bahan-bahannya juga tidak banyak. Hanya menggunakan 3 bahan sahaja korang dah boleh hasilkan biskut raya yang sangat sedap dan pastinya korang tak boleh berhenti makan kalau dah rasa Almond Crunchy Clusters ni. Haha! Rasa rangup dari badam yang dipanggang serta rasa coklat yang mewah, memang sangat awesome!! Hehe.. Untuk mendapatkan hasil yang sedap pastikan korang guna coklat masakan yang berkualiti. Pes hazelnut boleh gantikan dengan pes nutella dan sebagainya. Badam hiris pula boleh dicampur ataupun digantikan dengan apa-apa jenis kekacang lain mengikut citarasa dan selera masing-masing. Pastikan badam dibakar atau disangai sehingga rangup dan coklat yang dicairkan disejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dengan badam untuk mengelakkan ianya menjadi lemau. Baru la sedap Almond Crunchy Clusters korang nanti. Setelah coklat keras, simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara penyediaan dan cara membuat biskut Almond Crunchy Clusters kat atas ni, jadi apa kata korang tengok dulu video tersebut supaya korang lebih senang faham cara penyediaan dan cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk tengok video menarik, mudah dan best dari kami dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan:

  • 250 gram Badam Hiris
  • 150 gram Coklat Masakan
  • 2 Sudu Besar Pes Hazelnut

Cara-Cara:

  1. Ada 2 cara untuk memasak badam:
  2. a) Sangai (tanpa minyak) badam di dalam kuali sehingga rangup. Gunakan api kecil supaya badam tidak hangit dan rangup hingga ke dalam.
  3. b) Ratakan badam di dalam tray atau dulang pembakar dan bakar pada suhu 150°C selama 20-25 minit atau sehingga rangup. Boleh balik-balikkan badam sesekali supaya badam masak dengan sekata.
  4. Bila badam dan rangup angkat dan sejukkan seketika.
  5. Sementara itu, masukkan coklat masakan dan pes hazelnut ke dalam mangkuk dan cairkan menggunakan kaedah double boiler atau boleh juga gunakan microwave. Angkat dan sejukkan sebentar.
  6. Kemudian, campurkan badam tadi ke dalam coklat dan gaul sehingga rata.
  7. Setelah itu masukkan badam ke dalam cawan kertas kecil. Jika tiada cawan kertas, boleh sudukan sedikit di atas tray atau dulang pembakar. Buat sehingga habis.
  8. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga coklat menjadi keras.
  9. Apabila coklat telah keras, boleh simpan di dalam bekas kedap udara. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo