July 16, 2020

Resepi Terbaru


Masak Tempoyak Ayam Dengan Belimbing Buluh

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Dalam entri kali ini saya nak kongsikan satu lagi menu yang berasaskan ayam iaitu masak tempoyak ayam dengan belimbing buluh. Kami sekeluarga memang menggemari masak tempoyak tidak kira la samada ayam atau ikan. Di tambah pula dengan belimbing buluh, yang membuatkan rasanya lebih sedap. Belimbing buluh ni diberi oleh jiran saya, sebab jiran saya ada tanam pokok belimbing buluh dekat rumahnya dan buahnya sangat lebat. Jadi alang-alang dah ada belimbing buluh tu saya buat la masak tempoyak ayam ni. Hehehe.

Ada pelbagai cara untuk membuat masak tempoyak ni. Saya juga pernah kongsikan masak tempoyak ayam sebelum ini di sini. Tapi resepi sebelum ini tidak menggunakan belimbing buluh. Namun, resepi kali ini saya tambahkan belimbing buluh sebagai ganti kepada asam keping. Untuk tempoyaknya pula, korang kena pastikan tempoyak yang digunakan adalah tempoyak yang asli, barulah rasa masakan korang nanti akan sedap kerana ada sesetengah tempoyak yang dijual telah dicampur dengan bahan lain dan rasanya tidak asli. Dalam resepi ni, saya hanya menggunakan daun kesum dan daun kunyit sebagai aromanya, korang boleh tambahkan bunga kantan jika suka. Saya tidak masukkan bunga kantan sebab tak ada stok dekat rumah. Hehehe. Cili padi pula boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kesesuaian dan selera masing-masing.

Resepi masak tempoyak ini juga boleh digunakan untuk ikan atau daging selain ayam. Masak tempoyak ayam dengan belimbing buluh ini sedap di makan bersama nasi putih. Ianya akan jadi lebih sedap jika di simpan semalaman. Jadi, korang mesti cuba resepi ni okay!

Sebelum korang cuba buat resepi ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan masak tempoyak ayam dengan belimbing buluh:

  • 7-8 biji Cili Padi
  • 1 biji Cili Besar Merah
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 1/2 ekor Ayam
  • 3 sb Tempoyak
  • Air
  • Daun Kesum
  • 1 helai Daun Kunyit
  • Garam
  • Gula
  • 7 biji Belimbing Buluh

Cara-cara untuk membuat masak tempoyak ayam dengan belimbing buluh:

  1. Kisar cili padi, cili merah dan kunyit hidup.
  2. Masukkan ayam, bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali, kacau rata sehingga semuanya sebati.
  3. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih dan ayam separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan daun kesum, daun kunyit, gula dan garam secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan belimbing buluh dan masak sehingga ayam masak sepenuhnya. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nota:

  • Belimbing buluh boleh di bekukan di dalam freezer supaya boleh di simpan lebih lama dan untuk mengelakkan belimbing buluh cepat rosak.

Masak Tempoyak Ayam
Masak Tempoyak Ayam
Masak Tempoyak Ayam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

[youtube https://www.youtube.com/playlist?list=PLX3hq_tfjAFsiuGr1GTJgpuh2XJymhPit]

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo