Kerabu Ulam Kacang Botol, Pegaga Dan Daun Selom Menyelerakan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat kerabu ulam atau ada juga yang memanggilnya urap. Actually, saya dapat semua ulam-ulaman ni semua daripada FAMA. Seperti yang kita sedia maklum FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agro makanan seperti ulam-ulaman, sayur-sayuran dan buah-buahan serta produk-produk industri asas tani. Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada FAMA kerana sudi menaja ulaman, sayuran, buah-buahan serta produk lain kepada team buat orang lapo. Hehe.

Oleh kerana ada bermacam jenis ulaman segar yang saya dapat, jadi saya pilih untuk menggunakan kacang botol, pegaga dan juga daun selom untuk dibuat kerabu. Kerabu ni adalah resepi yang diajar oleh emak saya. Resepi kerabu ni boleh digunakan untuk pelbagai jenis ulaman dan sayuran lain seperti taugeh, pucuk paku, ulam raja dan sebagainya. Saya gunakan isi daripada ikan segar yang direbus dalam resepi ni kerana rasanya lebih sedap dan lebih terasa ikannya berbanding ikan bilis atau udang kering. Boleh guna pelbagai jenis ikan seperti ikan sardin, ikan selayang, ikan kembong dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Ada sesetengah jenis kerabu yang menggunakan kerisik, namun dalam resepi ini saya letakkan kelapa parut yang disangai. Untuk membangkitkan lagi rasa enak kerabu ni saya gunakan air perahan lemon, jika tiada boleh gantikan dengan perahan limau nipis atau limau kasturi.

Untuk membuat kerabu ni, tak perlu sukatan yang tepat cuma perlu seimbangkan rasa masin, manis dan masamnya. Boleh tambah bahan-bahan lain seperti serbuk lada hitam, hirisan cili padi, hirisan bunga kantan atau sebagainya ikut selera masing-masing. Kerabu ulam ni sedap di makan bersama nasi putih. Kalau nak ratah macam tu je pun boleh juga. Hehe. Jadi korang kena cuba buat resepi kerabu yang sangat sedap, mudah dan menyelerakan ni. Selamat mencuba!

Facebook, Youtube dan Instagram

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara untuk membuat kerabu ni, apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Untuk Kerabu Ulam:

Bahan untuk ikan:

  • 4 Ekor Ikan Selayang
  • 1 Keping Asam Gelugor
  • Sedikit Garam

Bahan lain:

  • 1 Biji Kelapa Parut
  • Kacang Botol
  • Daun Selom
  • Pegaga
  • Gula
  • Garam
  • Lemon
  • Bawang Merah

Cara-Cara Untuk Membuat Kerabu Ulam:

  1. Rebus ikan dengan garam dan asam keping sehingga ikan masak. Angkat dan sejukkan seketika.
  2. Sementara itu, sangai (goreng tanpa minyak) kelapa parut sehingga sedikit keperangan menggunakan api kecil dan kacau sentiasa supaya kelapa masak sekata dan tidak hangit.
  3. Kemudian hiris halus kacang botol dan hiris kasar daun selom serta pegaga.
  4. Apabila ikan sudah sejuk, asingkan isi ikan dari tulangnya. Hancurkan isi ikan tapi tidak perlu terlalu halus.
  5. Masukkan isi ikan ke dalam mangkuk besar dan letakkan kelapa parut yang digoreng tadi secukupnya.
  6. Tambahkan gula, garam, perahan jus lemon serta hirisan bawang merah dan kacau sebati. Seimbangkan rasanya. Boleh tambah bahan perisa lain jika suka.
  7. Akhir sekali, masukkan kesemu ulam tadi dan gaul sehingga sekata. Siap untuk dihidangkan!

Kerabu Ulam
Kerabu Ulam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top