Ayam Mentega Yang Seriously Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan resepi butter chicken atau ayam mentega yang sangat mudah dan senang untuk di sediakan. Resepi butter chicken ni merupakan resepi yang kerap saya buat bila dah boring masak masakan berlauk.

Hidangan ini memang menjadi antara lauk kegemaran saya sekeluarga. Walaupun nampak simple tapi rasanya seriously sedap dan kebabom. Haha. Gabungan rasa lemak berkrim dari susu dan aroma bawang putih serta daun kari membangkitkan selera dan tak sabar untuk menikmatinya. Bagi penggunaan cili pula, terpulang kepada selera masing-masing. Kalau nak pedas, boleh lebihkan cili. Untuk resepi ini saya letak sedikit sahaja cili sebab anak-anak nak makan, takut nanti tak tahan pedas pula. Hehe. Butter chicken ini sedap dimakan bersama nasi putih yang panas dan sedap juga dimakan bersama dengan nasi goreng.

Saya pernah kongsikan resepi butter chicken sebelum ini. Korang boleh lihat di sini. Perbezaan antara resepi ini dengan yang sebelumnya adalah penggunaan rempah kari yang dicampurkan ke dalam perapan ayam. Untuk kuahnya pula, saya masukkan beberapa keping keju. Namun bagi saya kedua-dua resepi tetap sedap dan menyelerakan. Kalau korang tak percaya boleh cuba buat dan rasa sendiri keenakkannya. Ok, selamat mencuba.

Kat atas ni saya ada sediakan resepi butter chicken ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas supaya lebih senang nak faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow, like dan comment Facebook kami yea.

Bahan-bahan ayam mentega:

Bahan untuk ayam:

  • Ayam (2 orang makan)
  • Tepung Goreng Segera (perap selama 30 minit)

Bahan untuk kuah:

  • 2 sudu besar Mentega
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 tangkai Cili Padi
  • Daun Kari
  • Susu Cair (ikut suka nak letak banyak mana)
  • Garam
  • Serbuk Lada Hitam
  • Gula
  • Air (jika perlu)

Cara-cara membuat resepi ayam mentega:

  1. Gaul ayam bersama tepung goreng segera hingga rata. Perap selama 30 minit
  2. Goreng ayam sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu, masukkan mentega ke dalam kuali tumis bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair dan kacau rata.
  5. Apabila sudah mendidih tambahkan garam, serbuk lada hitam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah di goreng tadi gaul bersama kuah sehingga rata semuanya. Siap! Boleh di angkat dan dihidangkan.
Ayam Mentega
Ayam Mentega
Ayam Mentega
Ayam Mentega

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo