Assalamualaikum hi semua. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan cara untuk membuat nasi goreng nanas yang sedap dan berkhasiat. Nasi goreng nanas ni biasanya terdapat di restoran-restoran masakan Thailand dan harganya agak mahal, lebih-lebih lagi jika dihidangkan dalam kulit nanas tu sendiri kerana nampak lebih menarik dan exclusive. Mungkin kalau nak makan untuk sepinggan dua tu masih ok lagi. Tapi bagi yang mempunyai keluarga yang ramai lebih berbaloi jika buat sendirikan dan sudah tentu lebih jimat. Hehe..
Nak buat nasi goreng nanas ni bukan susah sangat sebenarnya. Bahannya juga mudah sahaja. Bahan utama yang mesti ada dalam nasi goreng ni mesti la nanas. Kena dapatkan nanas yang manis untuk buat nasi goreng ni. Saya gunakan nanas fresh dalam resepi ni. Kalau nak lebih senang boleh gunakan sahaja nanas dalam tin. Hanya perlu buangkan airnya dan ambil isi nanas untuk di masak dengan nasi. Dan yang paling penting saya gunakan minyak sawit merah Harvist dalam resepi nasi goreng nanas ni untuk lebih sihat. Terdapat pelbagai khasiat yang boleh diperolehi daripada minyak sawit merah Harvist ni, bukan sahaja sebagai minyak masak tetapi juga sebagai rumusan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan. Ianya adalah 100% minyak sawit merah asli, tanpa kolestrol dan trans fat. Minyak sawit merah Harvist ini juga kaya dengan pro vitamin A dan vitamin E. Ianya bukan sahaja sesuai untuk dimasak, tetapi boleh juga untuk dijadikan drizzle. So, jika korang inginkan kesihatan yang lebih baik, boleh la gunakan minyak sawit merah Harvist ni sebagai ganti kepada minyak kelapa.
Berbalik kepada nasi goreng nanas tadi selain nanas, bahan-bahan lain boleh diletak ikut kesukaan masing-masing. Tidak perlu sukatan yang tepat untuk bahan-bahannya. Boleh letak berapa banyak yang korang suka. Boleh tambahkan lauk lain seperti ayam, daging, jejari ketam, bebola ikan atau sebagainya ikut la selera sendiri. Sayur juga boleh dipelbagaikan, korang boleh tambahkan brokoli, lobak merah, lada benggala dan sebagainya. Jika inginkan nasi goreng yang pedas boleh letakkan cili padi yang dihiris atau ditumbuk selepas menumis bawang. Saya hidangkan nasi goreng ni di dalam kulit nanas agar nampak lebih menarik macam kat restoran tu! Heheh.. Baru la teruja dan lebih semangat nak makan dengan hidangan yang cantik, betul tak? Haha.. Pada sesiapa yang belum pernah rasa nasi goreng nanas ni, korang wajib cuba resepi ni dan saya pasti korang tak akan menyesal dan rasai sendiri keenakkannya.. Hehe.. Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri akan datang okay!
Sebelum korang nak cuba buat resepi nasi goreng nanas ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Info tentang Harvist:
Informasi lanjut tentang harvist boleh tengok di:
- Website: www.harvist.com.my
- Instagram: @harvist_official
- Facebook Page: Harvist_official
Minyak harvist boleh dibeli di:
- Lazada: https://s.lazada.com.my/s.bhbYV
- Shopee: https://shopee.com.my/harvist_official?v=1d6&smtt=0.0.3
Contact number: 018-984 7128
Infused Chili & Garlic juga boleh didapati di 7Eleven yang terpilih di Semenanjung Malaysia
Bahan-Bahan Nasi Goreng Nanas:
- Minyak Sawit Merah
- 1 biji Bawang Merah (ditumbuk @ dikisar)
- 3 Ulas Bawang Putih (ditumbuk @ di kisar)
- Udang
- Sotong
- Telur
- Nasi Putih
- 2 Sudu Besar Kicap Cair
- 3 Sudu Besar Sos Ikan
- Kacang Panjang
- Nanas
- Garam
Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Goreng Nanas:
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak sawit merah Harvist.
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan sotong, kacau selama 2 hingga 3 minit.
- Masukkan telur, tunggu sehingga telur separuh masak dan kacau sebati bersama udang dan sotong tadi.
- Kemudian, masukkan pula nasi putih dan kacau sebentar.
- Tambahkan kicap cair dan sos ikan. Kacau rata.
- Akhir sekali masukkan kacang panjang, nanas dan garam jika perlu. Boleh letak apa-apa bahan perisa lain jika suka. Kacau sehingga sebati semuanya. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo