Apam Balik Peanut Butter Mudah, Senang, Pasti Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi apam balik. Resepi apam balik ni saya dah pernah kongsikan sebelum ni korang boleh tengok di sini. Tapi untuk kali ni saya kongsikan lagi sekali dan bandingkan sama ada bancuhan adunan mana yang lebih ok. Sama ada guna susu atau air. Sebab ramai yang bertanya pada saya resepi sebelum ni sama ada susu boleh gantikan dengan air atau tidak dan apa hasilnya? Jawapannya boleh, jika gantikan susu dengan air dan rasanya pula tidak jauh beza antara kedua-dua apam balik ni. Cuma apam balik yang gunakan susu lebih lembut setelah ianya sejuk berbanding gunakan air. So, korang boleh buat pilihan samada nak gunakan susu atau air untuk apam balik korang.

Untuk resepi kali ni, saya gunakan Peanut Butter Yogood sebagai inti untuk gantikan kacang tanah. Korang tak perlu lagi susah-susah untuk sangai dan kisar kacang tanah. Lebih cepat, senang dan memudah kerja dengan adanya Peanut Butter Yogood ni. Bukak sahaja botolnya, ambil dan sapukan terus di atas adunan apam balik. Rasanya pun sangat sedap sebab Peanut Butter Yogood ni tanpa gula dan garam dan tentunya lebih sihat. Memang pure rasa Peanut tu. Ianya juga sesuai untuk sesiapa yang tengah diet tu. Hehe.. Ada 2 jenis pilihan Peanut Butter Yogood ni iaitu Crunchy dan Smooth. So terpulang kepada korang nak gunakan yang mana satu. Ianya juga sesuai untuk dijadikan sapuan di atas roti. Untuk pengetahuan korang, Yogood juga mempunyai pelbagai lagi produk lain antaranya Yogood Crunchy Muesli, Muesli Bars dan lain-lain.

Selain Peanut Butter Yogood sebagai inti apam balik ni, saya juga letakkan sedikit coklat urai. Korang boleh tambahkan macam-macam lagi contohnya gula, keju, jagung, serbuk oreo, susu pekat atau apa sahaja yang sesuai mengikut selera dan citarasa masing-masing. Lagi banyak letak intinya lagi sedap betul tak? Heheh.. Susu pula boleh gantikan susu cair dengan susu segar atau susu kotak.  Selepas apam balik masak boleh terus sapukan mentega atau marjerin untuk menambahkan rasa lemak dan supaya permukaan luarnya tidak terlalu kering. Kalau korang dah pandai buat sendiri, tak payah la beli apam balik kat pasar malam atau yang jual kat luar tu lagi. Haha.. Buat sendiri lagi puas hati, boleh buat banyak dan letak apa sahaja inti yang korang suka. So, jangan lupa untuk cuba resepi apam balik yang confirm sedap dan gebu ni tau! Selamat mencuba.

Kat atas ni saya ada sediakan video resepi apam balik, sebelum korang nak cuba buat sendiri resepi ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan untuk korang senang faham cara membuatnya dan lihat hasil kedua-dua apam balik yang menggunakan susu dan air dalam video tu. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Apam Balik:

  • 1 1/2 Cawan Susu Cair
  • 1/4 Cawan Gula
  • 1 Biji Telur
  • Pewarna Makanan Kuning
  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • Mentega Kacang Yogood
  • Coklat Urai

Cara-Cara Untuk Membuat Apam Balik:

  1. Masukkan susu cair, gula, telur dan pewarna makan kuning ke dalam blender. Kisar sehingga gula hancur.
  2. Masukkan pula tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonat dan garam. Kisar lagi sehingga tepung sebati dan tidak berketul-ketul.
  3. Rehatkan adunan sebentar lebih kurang 30 minit.
  4. Panaskan kuali non-stick (tak perlu letak minyak) dan masukkan 1@2 senduk adunan ke dalam kuali ikut ketebalan yang disukai.
  5. Bila adunan telah mula berbuih, letak Peanut Butter Yogood ratakan dan taburkan coklat urai. Biarkan sebentar sehingga adunan sedikit kering.
  6. Kemudian, apabila apam balik sudah keperangan, boleh lipat dua dan angkat.
  7. Sapukan marjerin pada apam balik semasa panas dan sedia untuk dimakan.

Nota:

  • Jika tiada pengisar (blender) boleh kacau adunan menggunakan whisk. Tapi adunan perlu ditapis supaya ianya lebih halus dan tidak berketul-ketul.
  • Jika guna kuali biasa, boleh sapukan kuali dengan minyak dan lapkan sedikit dengan tisu supaya adunan tidak melekat.
  • Masak menggunakan api kecil supaya tidak mudah hangit dan masak sekata.
  • Gunakan sukatan yang sama dengan susu cair untuk adunan yang menggunakan air.
apam balik
apam balik
apam balik

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top