Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua. Esok pagi saya dan keluarga bercadang untuk pergi berkelah. Kami adik beradik sepakat untuk membawa makan atau ‘potluck’ masing-masing. Ada yang nak bawa nasi lemak, sandwich, kek, donut, buah-buahan dan macam-macam lagilah. Maklum la pegi ramai-ramai jadi macam-macam la menu yang diminta. Heheh.. Saya bercadang nak buat bihun goreng. Tapi kalau bihun goreng yang biasa kita makan tu dah biasa sangatkan. Jadi saya tambahkan taucu dalam bihun goreng ni untuk menambahkan kesedapannya. Jom saya kongsikan resepinya dengan korang semua. Selain bihun goreng taucu ni, saya juga pernah kongsikan beberapa lagi resepi bihun. Antara yang menjadi favorite saya ialah bihun goreng tomyam ni. Kalau korang peminat tomyam, resepi ni wajib dicuba.
Actually ada pelbagai bahan yang boleh diletakkan dalam bihun goreng taucu ni. Bahan-bahan nak buat bihun ni sebenarnya bergantung pada selera sendiri dan bahan apa yang korang ada. Dalam resepi ni saya gunakan isi ayam dan bebola ikan sebagai lauknya. Korang boleh tambahkan sotong, udang, daging, kek ikan atau apa sahaja mengikut selera masing-masing. Begitu juga dengan sayur, boleh letak apa-apa sayur lain yang sesuai seperti taugeh, brokoli, sawi atau sebagainya ikut la selera sendiri dan citarasa masing-masing. Jika ingin tambahkan cili padi pon boleh juga. Ketuk cili padi dan masukkan semasa menumis cili kering kisar. Ini bergantung kepada tahap kepedasan yang diinginkan, jika ingin lebih pedas boleh tambahkan cilinya. Ada sesetengah orang yang basuh taucu sebelum di masak, tapi saya masukkan terus taucu ke dalam resepi ni tanpa perlu dibasuh. Bagi saya dengan cara ni taucu lebih terasa dan masakan akan jadi lebih sedap. Dengan adanya resepi bihun goreng taucu ni boleh la korang cuba buat yea ataupun boleh juga jadikan idea untuk korang bawa bekal berkelah pula nanti! Haha.. Okay, jangan lupa untuk cuba tau! Jumpa lagi di entri yang akan datang.
Sambil korang tengok dan baca resepi bihun goreng taucu ni, apa kata korang subscribe dulu YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Bihun Goreng Taucu:
- 4 Biji Bawang Merah (ditumbuk atau dikisar)
- 4 Biji Bawang Putih (ditumbuk atau dikisar)
- 2 Sudu Besar Cili Kering Kisar
- 2 Sudu Besar Taucu
- 100 Gram Isi Ayam
- 1 Peket Kecil Bebola Ikan
- 1 Sudu Besar Sos Tiram
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- Garam
- Air Secukupnya
- Lobak Merah
- Bunga Kobis
- Kobis
- Bihun (direndam dengan air selama 4 hingga 5 jam)
- Daun Kucai
Cara-Cara Membuat Bihun Goreng Taucu:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar dan goreng sehingga sedikit garing.
- Masukkan taucu, isi ayam dan bebola ikan. Kacau sehingga ayam masak.
- Masukkan sos tiram, kicap manis dan garam secukupnya. Boleh tambah bahan perisa lain jika suka dan letakkan sedikit air.
- Kemudian, masukkan lobak merah, bunga kobis dan kobis. Kacau sehingga sayur separuh masak.
- Masukkan bihun dan tambah lagi air dan masak sehingga bihun lembut. Jika bihun belum lembut boleh tambahkan lagi air sedikit demi sedikit.
- Akhir sekali, masukkan daun kucai dan kacau sekejap sahaja. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo