Singgang Ikan Simple Tapi Sedap Sungguh!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hi semua. Kali ni saya nak kongsikan satu resepi yang simple tapi sedap iaitu singgang ikan. Seperti yang kita semua tahu resepi singgang ikan ni sangat popular di negeri pantai timur iaitu di negeri Kelantan dan Terengganu. Walaupun nampak simple dan senang tapi rasanya sangat sedap. Singgang ikan ni kalau makan dengan nasi panas bersama budu atau sambal belacan dan sedikit ulaman memang sangat ngam dan dah cukup menyelerakan! Boleh bertambah-tambah makan nasi tak perlu lauk lain dah. Heheh… Kuahnya pula memang sedap dihirup macam tu je bagi sesiapa yang suka makan singgang ni. Singgang ni juga adalah antara menu sihat yang boleh kita amalkan untuk diet kerana ianya tidak menggunakan santan.

Saya ada membaca dan rujuk beberapa resepi singgang ikan daripada laman-laman web serta blog yang lain. Rata-rata resepi yang saya baca dan tengok menggunakan bahan dan cara yang lebih kurang sama dan tidak banyak perbezaannya. Ikan yang saya gunakan untuk membuat singgang ni ialah ikan kembung. Ada juga yang gunakan ikan tongkol atau ada yang panggil ikan aya untuk resepi ni. Ikan ni terpulang la pada citarasa masing-masing nak letak ikan apa pun. Boleh juga gantikan ikan dengan daging.

Actually, original resepi singgang ikan ni ada letak lengkuas, tapi disebabkan takde stok lengkuas kat rumah, jadi saya tak letak dalam resepi ni. Pada saya rasa singgang ikan yang takde lengkuas ni okay je, masih lagi sedap dan tidak menjejaskan rasanya. Ada juga sesetengah resepi singgang ikan yang letak kunyit hidup yang dihiris, jadi pada pendapat saya ini terpulang kepada selera korang sendiri nak letak apa pun ikut la citarasa masing-masing dan bahan-bahan yang ada. Bak kata pepatah lain orang lain cara dan citarasanya.. betul tak! Ehehee..

Bila buat singgang ni, korang kena pandai seimbangkan rasa masam dan masinnya, baru la sedap singgang tu nanti. Korang juga boleh tambahkan bendi dan tomato dalam singgang ni. Tahap kepedasannya pula bergantung kepada selera masing-masing, saya hanya letak 4 biji cili padi sahaja sebab tak nak terlalu pedas. Kalau pedas sangat nanti anak-anak saya tak boleh makan pulak. Jadi, pada sesiapa nak buat masakan yang simple tapi sedap saya sarankan korang cuba buat singgang ikan ni yea. Okay, selamat mencuba semua!

Untuk menonton video resepi-resepi terbaru, best dan mudah, jangan lupa subscribe YouTube Channel kami serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Untuk Singgang Ikan:

  • 3 cawan Air
  • 1 Biji Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 2 Asam Keping
  • 1 biji Cili Besar Merah
  • 4 biji Cili Api
  • Garam
  • Ikan

Cara-Cara Untuk Membuat Singgang Ikan:

  1. Masukkan air ke dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, asam keping, cili besar dan cili padi.
  3. Masak semua bahan sehingga kuah mendidih.
  4. Kemudian masukkan ikan dan garam atau boleh tambahkan bahan perisa lain jika suka. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  5. Biarkan sebentar sehingga ikan masak dan tutup api.
  6. Angkat dan bolehlah dihidangkan.
Singgang Ikan
Singgang Ikan

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top