Sotong Bakar Bersambal Yang Lazat Dan Mengancam

Assalamualaikum dan sejahtera. Hi semua. Apa khabar semua? Tadi saya pergi ke pasar tani untuk beli ikan dan ayam. Ternampak pulak sotong yang segar dan menarik perhatian saya. So, terus saya beli kerana anak saya suka juga makan sotong selain ayam. Bila sampai sahaja di rumah saya cepat-cepat siang dan bersihkan sotong. Hari ni saya nak masak sotong bakar bersambal sebab on the way balik dari pasar tani tadi saya dan fikir nak masak apa sotong tu. Hehehe.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat sotong bakar bersambal ni. Ianya boleh dibakar menggunakan oven, kuali biasa atau dapur arang mengikut kesukaan dan keselesaan masing-masing. Kalau korang nak lebih aroma, boleh balut sotong dengan daun pisang bersama sambal setelah sambal siap ditumis dan kemudian boleh bakar sekali.

Untuk sambalnya pula korang boleh lebihkan cilinya untuk rasa yang lebih pedas. Boleh taburkan hirisan daun kunyit di atas hidangan sotong bakar ini untuk aroma dan rasa yang lebih sedap dan wangi. Sotong bakar ni sesuai di makan bersama nasi putih. So, apa tunggu lagi. Jom kita buat sotong bakar yang mudah ni. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat sotong bakar bersambal ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan sotong bakar:

Bahan perapan sotong:

  • 6 ekor sotong
  • garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili padi
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 helai daun limau purut
  • 5 tangkai cili kering
  • air

Bahan lain:

  • minyak masak

Cara-cara untuk membuat sotong bakar:

  1. Gaul sotong yang telah dibersihkan dengan garam. Perap selama 30 minit.
  2. Kemudian, panggang atau bakar sotong di dalam kuali sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bahan kisar dan minyak. Tumis sehingga garing.
  4. Tambahkan garam secukup rasa kacau dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan sotong tadi dan gaul rata. Angkat dan sedia untuk di hidangkan. Siap!

Sotong Bakar Bersambal
Sotong Bakar Bersambal
Sotong Bakar Bersambal

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo