Pancake Oat Gebu Di Jamin Lembut Sampai Esok!

Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar? Nak breakfast apa yea pagi ni? Kadang-kadang rasa dah bosan juga bersarapan dengan roti canai, nasi lemak, mee goreng, nasi dagang dan sebagainya yang memang sinonim dan menjadi pilihan makanan kegemaran bagi kebanyakkan rakyat Malaysia. Sesekali boleh la cuba buat dan hasilkan makanan sihat untuk keluarga kita. So, hari ni saya nak kongsikan dengan korang semua cara dan resepi yang mudah untuk membuat pancake oat yang menyihatkan dan juga  mengenyangkan. Resepi ni sangat sesuai untuk sesiapa yang tengah diet sebab ianya dibuat menggunakan Organic Oat dan juga Organic Extra Virgin Coconut Oil Nutrabliss daripada Watsons.

Pancake ni walaupun ada campuran oat, tapi dia tetap lembut walaupun dan sejuk. Salah satu lagi bahan yang membuatkan resepi oat pancake ni lebih sihat adalah penggunaan Minyak Kelapa Dara Nutrabliss daripada Watsons yang lebih sihat daripada minyak kelapa biasa. Untuk pengetahuan, Watson ialah kedai rantaian penjagaan kesihatan dan rantaian penjagaan kecantikan terbesar di Asia. Ia adalah anak syarikat dan jenama kesihatan dan kecantikan utama AS. Selain menjual pelbagai jenis barangan kecantikan dan kesihatan seperti vitamin watsons juga ada menjual makanan yang berasaskan kesihatan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak watsons kerana sudi menaja makanan kesihatan keluaran watsons dan bekerjasama dengan team buat orang lapo.

Berbalik semula kepada resepi pancake oat tadi, actually simple dan senang saja nak menghasilkan pancake oat ni. Sebelum ni saya juga pernah kongsikan beberapa resepi pancake biasa, boleh tengok di sini. Pancake oat ni memang sangat lembut walaupun bila dah sejuk nanti sebab dengan adanya campuran oat. Oat ni berfungsi sebagai salah satu bahan yang dapat mengekalkan kelembutan pancake. Saya juga menggunakan buttermilk di dalam resepi ni. Buttermilk boleh didapati dan dibeli di pasaraya atau di kedai menjual bahan kek @ bakeri ataupun boleh juga buat sendiri dengan mencampurkan susu segar dan cuka yang dibiarkan seketika supaya susu menjadi sedikit berketul-ketul seakan-akan yogurt sebelum dicampurkan dengan bahan lain. Buttermilk ni bertujuan untuk menjadikan pancake ni lebih gebu berbanding menggunakan susu biasa. Tapi kalau tak ada buttermilk, boleh jugak guna susu biasa. Hasilnya masih tetap lembut walaupun mungkin pancake akan menjadi leper sikit.

Madu boleh digantikan dengan gula putih biasa ataupun dengan gula perang terpulang kepada selera dan citarasa masing-masing. Sukatan madu dan gula ini juga boleh ditambah atau dikurangkan ikut kemanisan yang sesuai dengan selera korang. Selain dari serbuk penaik korang juga boleh tambahkan satu sudu teh soda bikarbonat ke dalam adunan pancake ni jika suka. Pastikan korang perap adunan pancake ni supaya ianya kembang dan akan membuatkan bancuhan pancake naik dan gebu setelah masak nanti.

Pancake oat ni makan begitu saja pun dah sedap dan nikmat sangat, lebih-lebih lagi dihidangkan ketika masih panas. Kalau sapu dan makan dengan nutella lagi la terangkat! Hehe. Boleh juga di makan dengan madu, mentega, buah-buahan dan sebagainya ikut la selera masing-masing. So, korang bolehlah cuba buat pancake oat yang lembut dan gebu ni. Mesti wangi je satu rumah bila korang masak pancake ni nanti tau! Macam lalu dekat kedai waffle kat pasaraya tu. Haha.. Saya yakin korang mesti suka akan rasanya yang agak lain dari pancake biasa. Apa tunggu lagi, jom tengok resepi selengkapnya di bawah ni. Jumpa lagi. Selamat mencuba!

Kat atas ni, saya ada sediakan video tutorial cara penyediaan pancake oat ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Kalau nak beli barangan Nutrabliss ni, boleh dapatkan di mana-mana store watsons dan juga online store watsons di https://bit.ly/38kV8Aw

Bahan-Bahan Pancake Oat:

  • 2 Cawan Susu Penuh Krim
  • 2 Sudu Besar Cuka
  • 1 Cawan Oat Segera Nutrabliss daripada Watsons
  • 1 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Besar Serbuk Penaik
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 1/4 Cawan Minyak Kelapa Dara Nutrabliss daripada Watsons
  • 2 Biji Telur
  • 1/4 Cawan Madu
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila

Cara-Cara Untuk Membuat Pancake Oat:

  1. Campurkan susu dengan cuka untuk menghasilkan buttermilk. Ketepikan dahulu dan biarkan selama 10-15 minit.
  2. Di dalam mangkuk campurkan oat, tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kacau semua bahan ni sampai rata dan sekata. Ketepikan.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan Minyak Kelapa Dara, telur, madu dan esen vanila. Kacau sehingga rata.
  4. Kemudian, masukkan buttermilk tadi dan kacau sehingga semuanya sebati.
  5. Setelah itu, masukkan bahan kering yang telah dicampurkan tadi, kacau semuanya sehingga sebati sahaja. Jangan kacau terlalu lama untuk mengelakkan pancake menjadi liat.
  6. Perap adunan selama 15 hingga 30 minit supaya adunan menjadi kembang dan gebu apabila di masak.
  7. Akhir sekali, boleh masak adunan pancake menggunakan kuali non-stick dengan api yang sederhana sehingga masak kedua-dua belah. Siap! Boleh angkat dan hidangkan.

Pancake Oat Gebu
Pancake Oat Gebu
Pancake Oat Gebu

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top