Puding Cantik, Lembut Dan Sedap Pelbagai Perisa

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi puding yang sangat cantik dengan menggunakan kordial Jalen. Saya percaya tentu ramai yang telah mengenali produk Jalenkan? Antaranya kicap Jalen yang sangat popular dan digemari ramai. Tapi korang tau tak syarikat Jalen juga ada mengeluarkan kordial mereka sendiri. Senang tau kalau ada kordial Jalen ni sebab kordial ni dah manis, so tak perlu bancuh dengan gula lagi. Kalau tetamu datang ke rumah memang senang sangat nak buat air yang berperisa ni, cuma tuang sahaja kordial Jalen dan campurkan sahaja dengan air dan kacau dah sedia untuk dimimun. Tambahan pula kordial Jalen ni ada pelbagai perisa seperti mangga, anggur, sarsi, laici, ros dan lain-lain. Rasanya juga sedap setanding dengan produk lain yang ada di pasaran. Korang boleh cuba sendiri dan dapatkan kordial Jalen ni di pasaraya yang berdekatan.

Puding

Cara untuk membuat puding ni sangat mudah dan ringkas. Saya gunakan kordial berperisa anggur, sarsi, ros dan mangga untuk membuat puding ni. Tapi puding ni boleh juga dibuat dengan pelbagai perisa lain mengikut selera masing-masing. Dalam resepi puding ni, saya menggunakan gelatin. Puding yang dibuat menggunakan gelatin ni lebih lembut teksturenya berbanding menggunakan agar-agar. Boleh beli gelatin yang halal secara online ataupun di mana-mana pasaraya dan bakeri. Tapi kalau tak jumpa gelatin, boleh juga buat puding ni menggunakan agar-agar. Cuma teksturenya akan lebih kental seperti agar-agar biasa. Untuk acuan pula boleh gunakan apa-apa sahaja acuan atau bekas lain yang bersesuaian. So, tak semestinya menggunakan gelas macam saya ni.

Lapisan pudingnya pula boleh ikut macam yang saya buat ni atau boleh buat lapisan menegak atau apa-apa sahaja mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing. Untuk hiasannya pula korang boleh tambahkan dengan buah-buahan segar lain seperti strawberi, kiwi, anggur, buah naga, mangga dan sebagainya. Rasa puding ni sangat lembut dan sedap kerana ada campuran susu segar dan krim putar digabungkan pula dengan rasa buah-buahan dari kordial Jalen. Puding ni sesuai di makan semasa sejuk sahaja dan ianya terasa nikmat di setiap suapan! Heheh.. So, apa tunggu lagi jom kita buat puding yang cantik, lembut dan sedap ni. Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri akan datang!

Sebelum korang cuba buat resepi puding ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Puding:

  • ¼ Cawan (60ml) Air Sejuk
  • 3 Sudu Besar Gelatin
  • Kordial Jalen Anggur
  • Kordial Jalen Sarsi
  • Kordial Jalen Ros
  • Kordial Jalen Mangga
  • 200 ml (setiap Cawan) Air Panas
  • 1 Sudu Besar Gelatin
  • 1 Cawan (250ml) Susu Segar
  • 1 Cawan (250ml) Krim Putar
  • ¼ Cawan (250ml) Gula
  • Gelatin

Cara-Cara Untuk Membuat Puding:

  1. Masukkan air sejuk dan gelatin ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Ketepikan dahulu dan biarkan selama 10 minit supaya gelatin mengembang.
  2. Sediakan 4 buah gelas atau bekas yang bersesuaian kemudian tuang kordial Jalen berperisa anggur, sarsi, ros dan mangga ke dalam setiap gelas dan bacuh dengan air panas.
  3. Masukkan lebih kurang satu sudu gelatin yang telah kembang tadi pada setiap gelas dan kacau sehingga gelatin tadi hancur dan larut sepenuhnya.
  4. Selepas itu, tuangkan bancuhan yang berperisa anggur dan sarsi ke dalam 2 gelas berlainan untuk lapisan yang pertama (boleh rujuk video).
  5. Masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 30 minit atau 1 jam dan biarkan permukaan puding menjadi keras.
  6. Sementara itu sediakan lapisan kedua pula. Masukkan susu segar, krim putar dan gula ke dalam periuk. Kacau sehingga gula hancur dan menjadi suam sahaja, tak perlu hingga mendidih.
  7. Masukkan lebihan gelatin yang telah kembang tadi ke dalam bancuhan susu dan krim putar. Kacau sehingga gelatin hancur dan sebati dan biarkan ianya betul-betul sejuk sebelum digunakan.
  8. Ambil lapisan puding pertama tadi yang telah keras, dan tuangkan bancuhan susu dan krim putar ke dalamnya sebagai lapisan kedua.
  9. Masukkan ke dalam peti ais sekali lagi sehingga permukaannya menjadi keras.
  10. Seterusnya, apabila permukaan kedua telah keras, tuangkan pula lapisan terakhir iaitu bancuhan yang berperisa mangga dan ros tadi dalam setiap gelas.
  11. Akhir sekali, masukkan semula puding ke dalam peti ais selama 4 jam atau sehingga keseluruhan puding menjadi keras. Siap!

Nota:

  • Bancuhan puding yang telah dicampurkan dengan gelatin tidak akan mengeras bila berada di suhu bilik.
  • Boleh tambah kordial atau gula jika inginkan puding yang lebih manis.
  • Boleh lebihkan gelatin bagi setiap bancuhan puding untuk mendapatkan puding yang lebih kental.
Puding
Puding
Puding

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top