Kek Coklat 2 Bahan Pun Boleh Jadi?

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya nak kongsikan cara membuat kek coklat. Kek coklat ni hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Adakah dengan 2 bahan sahaja dapat menghasilkan kek coklat yang sedap? Jawapannya yea.. Rasa kek ni tetap sedap walaupun hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Namun rupanya sahaja yang kurang cantik kerana apabila kek telah sejuk ianya akan mendap sedikit. Hehe.. Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi kek milo yang menggunakan 3 bahan di sini. Bagi saya rasa kek coklat 2 bahan ni lebih sedap berbanding kek 3 bahan. Rasa kek coklat 2 bahan ni lebih lembut dan terasa coklatnya.

Saya menggunakan coklat masakan gelap. Untuk mendapatkan hasil kek yang sedap pastikan korang guna coklat yang berkualiti dan premium seperti callebaut atau berryl’s kerana kek ini bergantung kepada coklat yang digunakan. Jika sedap coklatnya maka akan sedap la kek korang nanti begitu juga la sebaliknya. Dalam resepi ni saya menggunakan kaedah meringue di mana putih telur dipukul dengan kelajuan yang tinggi sehingga menjadi kaku dan tidak jatuh apabila mangkuk adunan diterbalikkan. Korang boleh baca teknik dan tips selanjutnya untuk menghasilkan meringue yang sempurna kat bawah ni. Kaedah inilah yang akan membuatkan kek coklat ni naik apabila dibakar walaupun tanpa menggunakan sebarang tepung ataupun ejen penaik seperti soda bikarbonat atau baking powder.

Namun, kek coklat ni akan mendap sedikit setelah ianya sejuk tapi ianya tidak menjejaskan rasa kek ni. Ianya tetap sedap dan masih lembut walaupun mendap dan leper. Heheh.. Korang boleh hiaskan kek ni menggunakan gula icing, snow powder, nuttella atau apa-apa hiasan yang korang rasa sesuai mengikut pilihan dan citarasa masing-masing. So, pada sesiapa yang nak cuba buat kek coklat mudah dan simple hanya menggunakan 2 bahan boleh la cuba resepi ni. Selamat mencuba dan jumpa lagi!

Tengok video kat atas ni dan tonton sehingga habis untuk hasilnya. Sebelum korang cuba buat resepi kuih peria ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk lihat video yang menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Kek Coklat 2 Bahan:

  • 250 gram Coklat Masakan
  • 4 Biji Putih Telur
  • 4 Biji Kuning Telur
  • Gula Aising (Tidak Wajib)

Cara-Cara Untuk Membuat Kek Coklat 2 Bahan:

  1. Asingkan putih telur dan kuning telur (gunakan putih telur sahaja).
  2. Pukul putih telur sehingga berbuih halus (soft peak).
  3. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus pukul adunan sehingga menjadi kaku dan bertanduk. Pukul dengan kelajuan yang tinggi.
  4. Kemudian, masukkan tepung jagung dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit pewarna makanan yang disukai dan pukul sehingga rata.
  6. Sementara itu, panaskan oven lebih kurang 10 minit.
  7. Letakkan adunan tadi di atas tray atau dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas pembakar.
  8. Bentukkan adunan menjadi separuh bulat seperti awan.
  9. Akhir sekali, bakar adunan pada suhu 150°C selama 20 hingga 25 atau sehingga keperangan. Siap!

Tips serta teknik membuat meringue:

  • pastikan putih telur tidak tercampur dengan kuning telur atau terkena minyak, air dan sebagainya.
  • pastikan peralatan yang digunakan bersih dan kering dari segala minyak dan kekotoran.
  • pukul putih telur pada kelajuan yang tinggi sehingga bertanduk (putih telur tidak jatuh bila terbalikkan mangkuk atau bekas adunan)
  • gunakan telur yang baru dan segar.
Kek Coklat 2 Bahan
Kek Coklat 2 Bahan
Kek Coklat 2 Bahan