Sambal Goreng Power Memang Terangkat!

Assalamualaikum dan hi semua. Korang dah lunch ke belum tu? Tengahari ni saya nak masak sayur lemak putih kobis dengan suhun serta ikan goreng. Tapi tak lengkap pula kalau tak ada lauk yang pedas. Maklum la saya dan suami memang suka makan pedas. Tiba-tiba teringat pula kawan saya ada bagi resepi sambal di group whatsapp tempohari. Saya pun tanpa berlengah lagi masak la sambal ni. Kebetulan memang semua bahan ada di rumah. Bila dah masak, rupanya sambal ni memang sedap sangat dan power rasa dia. Sebab tu la saya panggil sambal ni sambal goreng power. Hahaha.. Memang ngam sangat makan dengan lauk yang saya masak tu dan nasi panas-panas. Boleh bertambah nasi berpinggan-pinggan la kalau lauk macam nikan. Siapa setuju? Hehehe.. So, hari ni saya nak kongsikan resepi sambal goreng power ni pada korang semua.

Untuk sambal ni saya gunakan cili padi lebih banyak dari cili besar. Namun cili ni sebenarnya terpulang pada tahap kepedasan yang korang suka. Jika inginkan lebih pedas lebihkan sahaja cilinya. Cili dan bahan lain perlu direbus dahulu sehingga lembut. Saya tambahkan daun limau purut untuk aroma yang lebih wangi dalam sambal ni. Jika tak suka, abaikan sahaja penggunaannya. Dalam resepi ni saya gunakan cuka untuk rasa sedikit masam. Cuka boleh digantikan dengan air perahan limau nipis. Sambal ni perlu seimbang rasa pedas, masin, masam dan manisnya. Baru la sambal ni akan jadi sedap dan power! Haha.

Selain sedap di makan begitu saja dengan nasi putih, sambal goreng power ni juga sesuai jika dihidangkan bersama masakan lain seperti ayam penyet, ayam gepuk dan sebagainya. Jika ada ikan bilis goreng ataupun ikan goreng, korang boleh masukkan sahaja dalam sambal ni. Sambal ni boleh tahan lama tau, kalau korang buat banyak boleh masukkan ke dalam botol atau bekas kedap udara dan simpan. So, senang la nanti kalau nak makan ceduk je dan dah boleh makan terus. Senangkan?! Hehe.. Kalau korang nak rasa keenakkan sambal goreng power ni boleh la cuba buat resepi yang mudah yang saya sediakan kat bawah ni. Selamat mencuba!

Sambil korang tengok dan baca resepi ni jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Sambal Goreng Power:

  • 25 Tangkai Cili Padi
  • 10 Tangkai Cili Besar Merah
  • 6-7 Biji Bawang Kecil
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Besar (dihiris)
  • 1/2 Inci Belacan
  • 2 Helai Daun Limau Purut (optional)
  • Garam
  • Gula
  • Air Secukupnya
  • 1 Sudu Besar Cuka atau Air Limau Kasturi
  • Minyak

Cara-Cara Membuat Sambal Goreng Power:

  1. Rebus cili padi, cili besar merah, bawang kecil dan bawang putih sehingga lembut. Bila dah lembut angkat dan toskan.
  2. Kisar kasar bahan-bahan yang telah direbus tadi (jangan kisar terlalu halus).
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dihiris dan goreng sehingga layu dan naik bau.
  4. Kemudian, masukkan bahan yang kisar tadi. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan belacan, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Boleh tambah bahan perisa lain jika suka.
  6. Masak sehingga sambal garing dan pecah minyak dengan api yang kecil supaya sambal tidak mudah hangit. Boleh tambahkan sedikit air jika sambal terlalu kering.
  7. Akhir sekali, masukkan cuka dan seimbangkan rasanya. Kacau sebati dan biarkan masak seketika dan boleh tutup api dan angkat. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo