TikTok Tortilla Wrap

Assalamualaikum. Hari ni saya ingin kongsikan cara untuk membuat tiktok wrap yang pernah  viral di tiktok sebelum ni. Cara untuk membuat wrap ni sangat mudah. Bahan-bahan inti untuk wrap ni boleh ditambah atau dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Apa yang menjadikan wrap ni viral ialah cara melipatnya. Resepi ini dapat menghasilkan lebih kurang 4 wrap. Wrap ini boleh dijadikan sebagai salah satu idea hidangan sarapan pagi korang yea. Ianya sangat sedap dan mengenyangkan. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video di atas ni. Boleh tengok video ni sampai habis untuk mengetahui cara menyediakan dan melipat wrap viral ni. Sambil tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah dari kami serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk membuat tortilla wrap:

  • 250 gm Ayam (bahagian dada)
  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk)
  • ½ inci Halia (ditumbuk)
  • 1 sk Serbuk Lada Hitam
  • ½ sk Garam
  • 1 sk Herba Itali
  • 1 sb Minyak Masak
  • Wrap
  • Mayonis
  • Salad
  • Lobak merah
  • Hirisan bawang besar
  • Tomato
  • Sos bijan

Cara-cara untuk membuat tortilla wrap:

  1. Mula-mula, masukkan ayam ke dalam mangkuk dan campurkan dengan bawang putih, halia, serbuk lada hitam, garam secukupnya dan herba itali.
  2. Kemudian, tambahkan sedikit minyak supaya ayam tidak terlalu kering. Kacau rata dan perap ayam lebih kurang 30 minit sebelum di masak.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, kemudian masak ayam sehingga kekuningan. Angkat ayam setelah ianya masak dan ketepikan.
  4. Seterusnya, panaskan wrap sekejap sahaja di dalam kuali dikedua-dua belah.
  5. Angkat wrap dan potong wrap dari tengah ke luar (boleh rujuk dalam video).
  6. Kemudian, sapukan keseluruhan wrap dengan mayonis.
  7. Seterusnya, letak ayam tadi pada bahagian pertama wrap, salad di bahagian kedua, lobak merah di bahagian ketiga dan akhir sekali letakkan hirisan bawang dan tomato di bahagian keempat (rujuk video).
  8. Tambahkan sos bijan atau apa-apa sos yang korang suka di atas ayam tadi.
  9. Lipat satu per satu setiap bahagian wrap tadi sehingga menjadi seperti bentuk segitiga (rujuk video). Okay dah siap, boleh dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo