Mee Hailam Confirm Tambah 3 Pinggan

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya akan kongsikan cara untuk membuat resepi mee hailam yang mudah dan confirm jadi macam kat kedai tomyam. Hehe.. Resepi mee hailam ni lebih kurang macam mee goreng tapi ianya sedikit berkuah. Saya menggunakan pelbagai jenis sos dan juga kiub pati ayam Knorr di dalam resepi mee hailam ni untuk menyedapkan lagi rasanya. Semua bahan-bahan dalam resepi ni boleh disesuai mengikut citarasa masing-masing. Rasa mee hailam ni sangat sedap dan confirm korang akan bertambah 3 kali. Hahaha.. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video mee hailam kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video ni sampai habis untuk mengetahui cara penyediaannya dengan lebih jelas. Sambil tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah dari kami serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk membuat mee hailam:

  • Minyak Masak
  • 1 biji Bawang Merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas Bawang Putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 sudu besar Cili Kering Kisar
  • 100 gm Ayam
  • 1 sudu besar Sos Tomato
  • 1 sudu besar Sos Cili
  • 3 sudu besar Kicap Manis
  • 2 sudu besar Sos Tiram
  • Air (secukupnya)
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr
  • 6 ekor Udang
  • Lobak Merah
  • Broccolli
  • Bunga Kobis
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung (bancuh dengan air)
  • Gula (secukup rasa)
  • Sawi
  • Tomato
  • 200 gm Mee Kuning

Cara-cara untuk membuat mee hailam:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar dan tumis lagi sehingga cili masak dan garing.
  3. Kemudian, masukkan isi ayam dan kacau sehingga ayam separuh masak.
  4. Seterusnya masukkan sos tomato, sos cili, kicap manis dan sos tiram secukupnya. Kacau rata.
  5. Tambahkan kiub pati ayam knorr dan air secukupnya untuk kuah.
  6. Masukkan udang, lobak merah, broccoli dan bunga kobis. Masak sehingga sayur sedikit lembut.
  7. Setelah itu, masukkan air bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah dan perasakan dengan sedikit gula. Tambahkan sawi dan juga tomato. Kacau rata.
  8. Akhir sekali, masukkan mee kuning dan kacau sebati sekejap sahaja dan boleh la dihidangkan dan terus makan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo