Cucur Maggi a.k.a Cekodok Maggi

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak share resepi yang ringkas dan mudah untuk kita buat dengan menggunakan bahan-bahan yang ada kat rumah je. Yang penting mesti kena ada maggi (sebenarnya mi segera) dan juga tepung. Dalam resepi ni, saya menggunakan maggi kari. Korang boleh gunakan apa-apa perisa maggi yang lain seperti ayam, tomyam dan sebagainya mengikut selera masing-masing. Untuk bahan-bahan yang lain boleh letak ikut apa yang korang suka, terpulang pada selera korang sendiri. Kebiasaannya, saya akan letak sedikit tepung beras kat dalam apa-apa jenis cucur yang saya buat untuk menjadikan cucur lebih rangup di bahagian luarnya. Air sejuk jugak akan membantu cucur menjadi lebih rangup dan garing. Cucur maggi ni sedap di makan panas-panas dan sesuai di cicah dengan sos cili. Sangat sedap untuk dijadikan sebagai hidangan minum pagi atau petang. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cucur maggi kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan cucur maggi:

  • 1 bungkus Mi Segera (Perisa kari)
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Beras
  • 1 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 biji Telur
  • ½ cawan Ayam Cincang
  • Lobak Merah
  • Bawang Besar
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • ½ – ¾ cawan Air Sejuk
  • 1 paket Perencah Mi Segera

Cara-cara untuk membuat cucur maggi:

  1. Mula-mula hancurkan maggi (mi segera) dan rebuskan maggi sehingga lembut. Angkat dan toskan.
  2. Masukkan maggi tadi ke dalam mangkuk dan tambahkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk penaik. Gaul sekejap.
  3. Seterusnya, masukkan pula telur, isi ayam, lobak merah, bawang besar, daun sup, daun bawang serta perencah maggi. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga sebati dan adunan mendaji lembut. Boleh tambahkan garam jika adunan masih tawar. Perap adunan 10 – 15 minit.
  4. Akhir sekali, panaskan minyak dan goreng cucur sehingga garing. Siap dan boleh dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo