Biskut Oat Badam Sedap Dan Rangup Sampai Ke Hati

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Biskut oat bersama badam yang rangup ni wajib dibuat untuk hidangan hari raya. Biskut yang sangat mudah dan sedap. Biskut ni perlu dibakar lama supaya rangup sampai ke dalam. Nipiskan sedikit adunan supaya lebih mudah masak. Masa untuk membakarnya pula bergantung kepada ketebalan dan saiz biskut. Jika masih belum rangup, boleh tambah masa membakar dan turunkan sikit suhu supaya tidak cepat hangus. Sesuaikan suhu dan masa ikut oven masing-masing. Biskut akan jadi lebih rangup apabila telah sejuk. Badam pula perlu dibakar terlebih dahulu untuk menjadikan biskut lebih rangup.

Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 60-70 biji biskut bersaiz kecil. Biskut ni saya hias menggunakan ceri merah. Korang boleh juga gantikan dengan ceri hijau, kismis, coklat chip atau sebagainya mengikut kesukaan dan kreativiti masing-masing. Setelah biskut masak, sejukkan dahulu sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kerangupannya. Kalau makan biskut ni memang tak boleh berhenti dek kerana kerangupannya. Sampai tak sedar boleh habis sebalang tau! So, bagi yang nak buat biskut raya yang mudah tapi sedap, wajib cuba resepi ni. Saya juga ada share pelbagai lagi resepi biskut raya sebelum ni, antaranya triple chocolate chip cookies, biskut raya tanpa bakar, tart nutella dan macam-macam lagi. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat biskut oat badam  ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan jangan ketinggalan untuk lihat video menarik, mudah dan best kat situ serta jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Biskut Oat Badam:

  • 1/3 Cawan @ 75 gram Gula Kastor
  • 140 gram Mentega
  • 1 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 2 1/2 Cawan @ 200 gram Quaker Oats
  • 1/3 Cawan @ 50 gram Badam Cincang (dibakar)
  • 1/4 Cawan @ 30 Gram Tepung Gandum
  • Kuning Telur
  • Pewarna Makanan Kuning
  • Ceri Merah

Cara-Cara Untuk Membuat Biskut Oat Badam:

  1. Ratakan badam cincang di dalam tray atau dulang pembakar dan bakar pada suhu 150°C selama 15-20 minit atau sehingga rangup. Jika masih belum rangup boleh tambah lagi masa membakar. Boleh balik-balikkan badam sesekali supaya badam masak dengan sekata.
  2. Bila badam dan rangup angkat dan sejukkan seketika.
  3. Sementara itu, pukul gula kastor dan mentega sehingga sebati. Tak perlu pukul sampai kembang.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga rata sahaja.
  5. Kemudian, masukkan quaker oat, badam yang dibakar tadi dan tepung gandum. Gaul rata sehingga sebati semuanya.
  6. Ambil sedikit adunan bulat dan leperkan sedikit dan susun di atas dulang pembakar atau loyang. Buat sehingga habis.
  7. Pukul telur dan sedikit pewarna makanan kuning, kemudian sapukan di atas permukaan biskut tadi.
  8. Hiaskan dengan ceri merah atau ikut kesukaan masing-masing.
  9. Bakar pada suhu 160ºC / 320ºF selama 40 minit atau sehingga kekuningan. Siap!

Nota:

  • Jangan lupa untuk bakar badam cincang terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan supaya lebih rangup.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo