Custard Puff Pastry Mudah Dengan Sos Kastard Macam Aiskrim

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ni saya nak share dengan korang semua resepi puff pastry bersama dengan sos kastard yang sangat sedap. Sebelum ini saya pernah kongsikan beberapa jenis resepi yang juga menggunakan puff pastry antaranya ialah chicken pot pie, cream horn, karipap pastry dan sebagainya .

Resepi Puff Pastry Sos Kastard senang je nak buat sebab hanya menggunakan kulit puff pastri readymade yang boleh di beli di bakeri atau di pasaraya. Cuma perlu buat sos kastardnya, tapi sos kastard ni juga mudah untuk disediakan. Sos kastard yang saya buat kali ni special sikit sebab ada letak whipping cream. Rasa dia lebih lemak dan sedap daripada sos kastard biasa. Kalau makan sejuk-sejuk, rasanya macam aiskrim. Anak-anak tentu sukakan kalau rasa yang macam aiskrim ni.

Sos kastard ni boleh jugak guna untuk krim puff, donut dan macam-macam lagi. Untuk hiasan korang boleh gunakan buah-buahan lain selain bluberry, contohnya seperti strawberri, peach, kiwi, laici dan sebagainya. Jika suka boleh juga letakkan kekacang seperti badam, pecan, walnut ataupun boleh juga tambahkan dengan coklat urai, cip coklat dan sebagainya ikut selera dan citarasa masing-masing. Pada yang menggemari pastri kastard ni boleh la cuba buat sendiri resepi yang ringkas dan mudah ni dan yang penting ianya memang sangat sedap. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat pastri kastard ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Pastri Kastard:

  • 400 ml susu segar
  • 4 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 100 ml whipping cream

Cara-Cara Untuk Membuat Pastri Kastard:

  1. Pukul gula dan kuning telur sebentar sahaja.
  2. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum dan pukul lagi hingga sebati. Ketepikan dahulu.
  3. Panaskan susu segar hingga berbuih kecil dan campurkan ke dalam adunan tepung yang dipukul tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanila dan kacau rata.
  5. Tuang adunan kastard ke dalam periuk dan masak sehingga sedikit likat di atas api yang kecil dan adunan perlu dikacau sentiasa supaya tidak mudah hangit. Angkat dan sejukkan di dalam peti ais.
  6. Sementara itu, pukul whipping cream sehingga kental. Pastikan whipping cream betul-betul sejuk sebelum dipukul.
  7. Masukkan adunan kastard yang telah sejuk tadi dan gaul bersama whipping cream sehingga sebati. Ketepikan dahulu.
  8. Selepas itu, sediakan pula puff pastrinya. Ambil sekeping kulit pastri yang bersaiz besar dan potong kepada 4 bahagian.
  9. Ambil 1 bahagian kecil kulit pastri dan potong di kedua-dua penjurunya dan lipat mengikut bentuk yang disukai atau mengikut kreativiti masing-masing. (Boleh rujuk dalam video).
  10. Sementara itu boleh panaskan oven.
  11. Susun kulit puff pastri di dalam tray atau dulang pembakar dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit sehingga keperangan atau masak bergantung kepada oven masing-masing.
  12. Sejukkan kulit puff pastri yang telah masak dan letakkan sos kastard tadi di atasnya dan hiaskan dengan buah blueberri atau apa-apa hiasan yang disukai. Siap! Sedia untuk dinikmati.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo