Masak Lemak Telur Itik Sedap Dan Secukup Rasa

Assalamualaikum dan hi semua. Korang masak apa untuk lunch Hari ni. Kalau takde idea meh saya kongsikan resepi yang saya masak untuk hari ni iaitu masak lemak telur itik yang sangat sedap dan secukup rasa ni. Siapa suka makan telur itik?? Kalau suka kita geng! Hahaha.. Telur itik ni selain dibuat telur masin, ianya sedap juga dibuat gulai. Antaranya masak lemak, masak kari dan sesuai juga dibuat sambal. Telur itik yang Saya masak ni suami Saya beli dari kawan dia. Kawan suami Saya tu memang ada terbaik itik di kampung. Setiap minggu dia balik kampung untuk mengambil dan menjual hasil telur itik Ni. Jadi, Baru-baru ni dia balik kampung, alang-alang tu suami tempah la telur itik ni. Hehehe.. Anak-anak Saya dan suami pun suka makan telur itik.

Macam biasa la nak buat masak lemak ni dah tentu perlukan santankan. Saya gunakan santan fresh dari setengah biji kelapa.. Memang suka buat masak lemak yang pekat dengan santan baru la rasa sedap nanti. Untuk kepedasan masak lemak ni terpulang kepada selera masing-masing. Boleh tambahkan cili padi jika inginkan rasa yang lebih pedas. Saya masak kurang pedas sebab anak-anak nak makan sekali. Diaorang tak makan dan tak tahan kalau terlalu pedas. Heheh.. Dalam masak lemak ni Saya letak belimbing buluh sebagai asamnya. Kebetulan pula ada belimbing buluh yang mak mertua saya bagi pada minggu lepas. Masih elok lagi sebab saya simpan di dalam freezer belimbing buluh tu, ni antara tips nak bagi belimbing buluh tahan lama tau. Korang boleh cuba tips ni yea. Hehe.. Tapi kalau takde belimbing buluh, jangan risau.. korang boleh gantikan dengan asam keping. Letak 1 @ 2 asam keping ikut selera masing-masing. Bagi saya masak lemak telur itik ni perlu ada Rasa masam sedikit untuk kurangkan hanyir telur itik tu. Untuk lebih sedap Saya masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Daun kunyit ni akan membangkitkan lagi aroma masak lemak telur itik ni. Masak lemak telur itik ni sedap di makan bersama nasi putih. So, apa tunggu lagi, boleh cuba resepi ni untuk idea masakan korang dan rasai sendiri keenakkan masak lemak telur itik ni. Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri akan datang!

Bahan-Bahan Untuk Masak Lemak Telur Itik:

Bahan Kisar:

  • 1/2 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 7-8 tangkai Cili Padi
  • 1/2 inci Kunyit Hidup

Bahan Lain:

  • 4-5 biji Telur Itik
  • 1 1/2 cawan Santan
  • 1 batang Serai
  • 5-6 biji Belimbing Buluh
  • Garam secukupnya
  • 1 helai Daun Kunyit

Cara-Cara Untuk Masak Lemak Telur Itik:

  1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk dan kacau sehingga sedikit kering.
  2. Masukkan santan, serai dan belimbing buluh. Kacau sekejap.
  3. Kemudian, pecahkan telur itik ke dalam piring atau mangkuk dan masukkan telur itik satu per satu ke dalam periuk. Pastikan api perlahan supaya santan tak pecah minyak.
  4. Biarkan sekejap sehingga telur itik sedikit keras baru la kacau sehingga kuah mendidih.
  5. Masukkan garam atau perasa lain jika suka.
  6. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit dan kacau sebati. Siap! Sedia untuk di makan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo