Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang menggunakan daging iaitu resepi rendang daging hitam. Rendang daging hitam ni ialah salah satu resepi yang diilhamkan oleh emak saya. Emak saya selalu buat resepi ni bila ada majlis keramaian, hari raya dan ianya juga menjadi salah satu resepi wajib yang mesti ada digerainya ketika dia berniaga dahulu kerana ada peminatnya tersendiri. Resepi rendang daging hitam ni tak perlu tumis tau. Semua bahan-bahan perlu digoreng terlebih dahulu untuk menjadikan rendang ni lebih sedap rasanya dan berbeza daripada rendang biasa. Korang wajib cuba resepi ni! Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video cara membuat rendang daging hitam kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan untuk rendang daging hitam:
Bahan-bahan untuk disangai:
- ½ sudu besar Jintan Manis
- ½ sudu besar Jintan Putih
- ½ sudu besar Biji Ketumbar
Bahan-bahan lain:
- 1-2 biji Bawang Besar
- 3 ulas Bawang Putih
- 1 inci Halia
- 1 inci Lengkuas
- 2 batang Serai
- 8-10 tangkai Cili Kering
- Air (secukupnya)
- 500 gm Daging
- ½ cawan Santan Pekat
- ¼ cawan Kicap Lemak Masin Jalen
- 4 sudu besar Kicap Lemak Manis Jalen
- 40 gm Gula Kabung / Gula Melaka
- Garam (secukupnya)
- Air Asam Jawa (secukupnya)
- 2 sudu besar Kerisik
Cara-cara untuk membuatnya:
- Sangai jintan manis, jitan putih dan biji ketumbar sehingga garing. Angkat dan tumbuk sehingga halus. Ketepikan dahulu.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dan serai. Goreng sehingga layu. Kemudian, masukkan cili kering dan goreng lagi sehingga semuanya keperangan.
- Kisarkan semua bahan yang digoreng sehingga halus.
- Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam kuali. Kacau sekejap dan boleh masukkan daging. Kacau rata dan tambah air, masak sehingga daging lembut.
- Seterusnya masukkan santan pekat, kacau sebati dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan kicap lemak masin dan kicap lemak manis. Kacau rata sehingga semuanya sebati.
- Perasakan dengan gula kabung, garam dan air asam jawa. Kacau lagi sampai gula hancur dan cukup semua rasa.
- Akhir sekali, baru masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan juga kerisik. Kacau dan biarkan daging sehingga sedikit kering. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo