Tauhu Sumbat Daging Dengan Tips Gorengan Lebih Rangup


Assalamualaikum dan hi semua. Untuk resepi kali ini saya nak kongsikan cara untuk membuat resepi tauhu sumbat daging dengan tips untuk menggoreng tauhu menjadi lebih rangup. Dalam resepi ni saya menggunakan daging sebagai intinya. Daging boleh digantikan dengan bahan lain seperti isi ayam, isi udang, sardin tuna dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga tambahkan pelbagai jenis sayuran kat dalam inti tauhu ni seperti kacang, lada benggala, cendawan dan lain-lain. Tauhu ni kalau nak makan macam tu je dah sedap, tapi boleh juga dihidangkan dengan sambal kicap atau sos cili thai. Resepi ni sesuai dimakan seisi keluarga dan juga seronok untuk dibuat bersama anak-anak pada hujung minggu. Selamat mencuba!

Sebelum korang cuba buat resepi tauhu sumbat daging ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan tauhu sumbat daging:

  • 5 keping Tauhu
  • 1 biji Bawang besar, dicincang
  • 200 gm Daging kisar
  • ½ batang Lobak merah, dipotong dadu kecil
  • 1 sudu kecil Rasa Sifu Penambah Perasa Semua Dalam Satu
  • ½ sudu kecil Serbuk Lada hitam
  • 20 gm Daun sup
  • 1 sudu besar Bawang goreng
  • 1 biji Telur ayam
  • 4-5 sudu Tepung goreng segera
  • ½ biji Cili merah dipotong, 2 biji Cili padi, 2-3 batang Daun sup (sebagai hiasan).

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga garing. Angkat dan sejukkan dahulu.
  2. Setelah tauhu sejuk, potong tauhu menjadi tiga segi dan korek kesemua isi tauhu dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan dahulu.
  3. Kemudian, sediakan intinya pula. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang besar, tumis sehingga naik bau. Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging hampir masak dan boleh masukkan lobak merah kacau sehingga lobak merah lembut.
  4. Seterusnya, boleh masukkan rasa sifu, serbuk lada hitam, isi tauhu, daun sup serta sedikit bawang goreng. Kacau sekejap sehingga semuanya sebati. Boleh angkat.
  5. Setelah inti sejuk, boleh sumbatkan ke dalam kulit tauhu tadi. Masukkan inti sehingga penuh dan tekan sehingga padat. Buat sehingga habis.
  6. Langkah seterusnya, pukul telur dan salut tauhu tadi dengan telur diikuti dengan tepung goreng segera.
  7. Bila dah siap salut kesemua tauhu, goreng semula tauhu sehingga salutan tepung garing. Tak perlu goreng terlalu lama sebab inti dan tauhu dah masak. Boleh angkat dan hiaskan dengan cili merah, cili padi dan daun sup jika suka. Siap!

Tips:

  • salut tauhu dengan telur dan juga tepung goreng segera untuk hasil yang lebih rangup.
  • tepung goreng segera boleh digantikan dengan tepung jagung dicampur sedikit rasa sifu.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top