Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat roti gulung ayam yang sangat rangup. Cara nak buat roti gulung ayam ni senang sangat. Ayam juga boleh digantikan dengan bahan-bahan lain contohnya seperti isi udang, ketam, daging, sardin, tuna dan sebagainya. Boleh juga tambah bahan-bahan lain ke dalam inti ayam ni seperti sayur-sayuran yang sesuai dengan selera masing-masing. Sukatan 250gm ayam boleh dapat lebih kurang 15 ketul roti. Roti gulung ayam ni sedap dimakan macam tu je sebab dan cukup semua rasa, tapi boleh juga dimakan dengan sos pilihan atau mayonis sebagai pencicah. Selamat mencuba!
Sebelum korang cuba buat resepi roti gulung ayam rangup ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan roti gulung ayam:
- 250gm Ayam
- Daun Bawang
- Serbuk Lada Hitam
- 1 Sudu Kecil Garam
- 1 Sudu Besar Kicap Cair
- Roti
- Telur
- Serbuk Roti
Cara-cara untuk membuatnya:
- Kisar isi ayam, daun bawang, serbuk lada hitam, garam dan kicap cair sehingga halus menggunakan food processor. Ketepikan dahulu.
- Ambil sekeping roti dan leperkan, kemudian ambil bahan yang telah dikisar tadi dan sapukan nipis di atas roti sehingga rata. Gulungkan roti sehingga ke hujung. Ulang proses yang sama dan buat sehingga kesemua bahan kisar habis.
- Ambil sebiji telur, pukul sedikit dan celupkan roti tadi ke dalam telur, kemudian salutkan pula dengan serbuk roti sehingga rata pada keseluruhan roti.
- Panaskan minyak secukupnya, goreng roti dengan api yang kecil supaya roti tidak mudah hangit dan isi ayam di dalam roti masak sepenuhnya. Siap! Sedia untuk dimakan.
Tips:
- Minyak untuk menggoreng jangan terlalu panas supaya roti tak cepat hangit dibahagian luar.
- Gunakan api yang kecil semasa menggoreng supaya isi ayam di dalam roti masak sepenuhnya.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo