Assalamualaikum. Hai semua. Pernah makan puding atau agar-agar dengan biskut marie? Kalau tak pernah, jom cuba resepi ni. Rasa puding ni sangat sedap. Biskut marie tu pula jadi lembut bila diletakkan kat dalam puding ni. Bahan-bahan untuk membuat puding ni tak banyak dan mudah untuk didapati. Puding ni lagi sedap bila makan semasa sejuk. Sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu dan keramaian. Selamat mencuba.
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat puding @ agar-agar biskut marie. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- 3 ½ Cawan Air
- 1 Paket (10gm) Serbuk Agar-Agar
- ¾ Cawan Gula
- Biskut Marie
- 1 Cawan Susu Cair
- 1 Sudu Besar Serbuk Koko
Cara-cara untuk membuatnya:
- Masukkan air dan serbuk agar-agar ke dalam periuk dan masak sehingga larut. Kemudian, masukkan gula. Kacau lagi sehingga agar-agar mendidih.
- Sediakan acuan yang sesuai, tuangkan sedikit agar-agar pada dasar acuan dan sejukkan sekejap dalam peti ais lebih kurang 5 minit. Setelah sejuk, susun biskut marie sehingga penuh sekeliling acuan (boleh rujuk video). Kemudian, masukkan lagi agar-agar tadi sehingga menutupi biskut. Simpan dalam peti ais.
- Untuk lapisan seterusnya, Ambil lebihan agar-agar tadi, letakkan semula atas dapur dan tambahkan susu cair. Kacau sekejap sampai mendidih semula. Angkat. Keluarkan puding tadi dari peti ais, masukkan pula lapisan agar-agar yang ada susu cair ke dalam acuan. Masukkan semula ke dalam peti ais.
- Sementara itu, panaskan lagi baki lebihan agar-agar yang ada susu cair tadi dan tambahkan dengan bancuhan serbuk koko. Kacau hingga mendidih dan angkat. Tuangkan semuanya dalam acuan puding tadi sehingga penuh. Masukkan semula ke dalam peti ais selama 3-4 jam sehingga keras sepenuhnya.
- Setelah keras, boleh keluarkan dan terbalikkan diatas pinggan dan dipotong. Sedia untuk dimakan. Siap!
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo