Karipap Roti Inti Karbonara Senang Dan Sedap

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi yang sangat mudah untuk dibuat iaitu karipap roti inti karbonara. Mungkin ramai yang suka makan karipap tapi kurang rajin nak buat kulit karipap. Jadi, boleh buat karipap roti ni. Tak payah susah-susah lagi nak uli dan buat kulitnya menggunakan tepung. Korang boleh buat pelbagai jenis inti yang korang suka. Untuk resepi ni, saya buat inti carbonara sebab caranya sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat karipap roti kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • Minyak Masak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • ½ biji Bawang Holland
  • ½ sudu kecil Serbuk Lada Hitam
  • 200 gm Isi Ayam
  • 3 batang Sosej
  • 20 gm Lobak Merah
  • 1 tin Sos Karbonara
  • Roti Putih
  • Air Bancuhan Tepung

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula sediakan inti dahulu. Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih dan bawang holland. Tumis hingga naik bau. Masukkan sedikit serbuk lada hitam. Kacau hingga bawang sedikit garing.
  2. Kemudian, masukkan isi ayam yang dicincang halus. Kacau dan masak sehingga separuh masak. Masukkan sosej, kacau lagi dan masukkan lobak merah. Masak sehingga air ayam kering. Selepas itu, masukkan sos karbonara dan masak lagi sehingga sos agak kering. Angkat dan ketepikan dahulu.
  3. Langkah seterusnya, ambil sekeping roti putih, gelekkan sehingga roti menjadi leper. Ambil acuan karipap letakkan roti dan masukkan inti karbonara tadi. Sapukan dengan sedikit air bancuhan tepung gandum disekeliling  roti mengikut bentuk acuan. Kepitkan acuan, dan koyakkan bahagian lebihan roti.
  4. Jika tiada acuan, boleh guna langkah ini. Ambil sekeping roti potong kulit atau kerak disekeliling roti. Gelekkan roti sehingga leperkan dan masukkan inti karbonara tadi. Sapukan air bancuhan tepung gandum disekeliling roti dan lipat dua roti menjadi bentuk segitiga. Tekan kuat disekeliling roti supaya roti tak terbuka semasa menggoreng.
  5. Ulang langkah yang sama sehingga inti habis.
  6. Akhir sekali, panaskan minyak  dan goreng karipap sehingga garing. Angkat dan boleh dimakan. Siap!

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top