Roti John Cheese Sedap Macam Pasar Malam


Assalamualaikum dan hai semua. Kali ni saya nak kongsikan pula resepi roti john ayam cheese. Nak makan roti john yang sedap sebenarnya kita boleh buat sendiri je kat rumah. Boleh buat lagi sedap dari beli di pasar malam kalau cukup bahan dan betul caranya. Bila kita buat sendiri, kita boleh letak apa saja yang kita suka. Lagipun kalau nak makan ramai-ramai lebih jimat buat sendiri sebab boleh dapat banyak. Dalam resepi roti john cheese ni, saya gunakan ayam sebagai intinya. Ayam boleh ditukar dengan daging, tuna, sardin dan lain-lain ikut selera masing-masing. Boleh jugak tambah hirisan cili atau lada hitam kalau suka pedas. Kalau buat sendiri boleh letak mayonis, sos cili, sos lada hitam dan keju sampai meleleh-leleh jika kita suka. Pendek kata, lagi banyak bahan yang kita letak, lagi sedap roti John tu. Nak makan pun lebih puas. Hehehe.. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat roti john kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan roti John:

  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 sudu besar Serbuk Kari
  • Sedikit Air
  • 100 gm Ayam Cincang
  • 20 gm Daun Bawang
  • 3 biji Telur
  • Garam (secukup rasa)
  • Mentega
  • Roti Sosej
  • Keju Cheddar
  • Mayonis
  • Thousand Island
  • Sos Cili
  • Salad

Cara-cara membuat roti John:

  1. Mula-mula sediakan inti dahulu. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar sehingga layu dan masukkan serbuk kari serta air. Kacau sekejap hingga naik bau dan masukkan pula ayam cincang. Kacau hingga ayam masak dan seterusnya masukkan daun sup. Kacau sekejap, tutup api dan angkat. Ketepikan dahulu.
  2. Sediakan mangkuk, masukkan 3 biji telur dan garam secukup rasa. Kemudian, masukkan inti yang telah dimasak tadi dan kacau hingga rata.
  3. Langkah seterusnya, panaskan kuali dan letakkan sedikit mentega atau marjerin. Letakkan inti secukupnya dan biarkan separuh masak.
  4. Potong roti sosej kepada 2 bahagian (tapi jangan sampai putus). Tekapkan roti di atas inti tadi. Tekan-tekan sedikit supaya inti melekat pada roti dan biarkan masak sepenuhnya. Terbalikkan roti dan masak lagi lebih kurang 1 minit dan angkat.
  5. Boleh letakkan keju cheddar, mayonis, thousand island, sos cili dan salad di tengah-tengah roti john. Lipat dua roti john dan sedia untuk dimakan. Siap!

Tips:

  • boleh gunakan roti lain selain roti sosej.
  • boleh tambah bahan-bahan lain di dalam inti jika suka contohnya hirisan cili, blackpepper, lada sulah dan sebagainya.
  • lebihkan sukatan bahan-bahan kalau nak buat banyak.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top