Kuih Cara Berlauk Inti Daging

Assalamualaikum dan hai semua. Kuih cara berlauk adalah salah satu resepi kuih tradisional yang masih popular sehingga ke hari ini. Resepi ini juga boleh digunakan untuk membuat kuih talam berlauk. Jadi, kalau tak ada acuan kuih cara yang kecil, boleh gunakan loyang yang besar untuk membuat kuih ni. Ada pelbagai cara dan resepi untuk membuat kuih cara berlauk ni. Cara memasak intinya boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Jika tak suka makan daging boleh gantikan dengan ayam, udang, sardin dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Kuih cara berlauk ni boleh dimasak di atas dapur ataupun dibakar di dalam oven. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi kuih cara berlauk inti daging ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 1 ½ Cawan Tepung Gandum
  • 1 Biji Telur
  • ½ Cawan Santan Pekat
  • 2 Cawan Air
  • Pewarna Makanan Kuning
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak Masak
  • ½ Biji Bawang Holland
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kari + Air
  • 250gm Daging Cincang
  • 1 Kiub Pati Lembu Knorr
  • Gula
  • Cili Merah
  • Daun Ketumbar

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Sediakan blender masukkan tepung, telur, santan pekat, air, pewarna makanan kuning dan garam. Kisar sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Sementara itu sediakan intinya. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang holland hingga naik bau dan masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis sampai pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging cincang dan kacau hingga sebati. Masukkan kuib pati lembut knorr dan sedikit gula. Kacau lagi sehingga daging masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Seterusnya, ambil acuan kuih cara sapukan dengan sedikit minyak, panaskan dalam oven atau atas dapur lebih kurang 5 minit. Bila acuan dah panas, boleh letakkan adunan tepung dalam acuan. Jangan letak terlalu penuh. Bakar adunan dalam oven separuh masak selama 3-4 minit menggunakan api bawah.
  5. Setelah itu, keluarkan dari oven dan letakkan inti daging tadi dan hiaskan dengan hirisan cili merah dan daun ketumbar. Bakar semula lebih kurang 15 minit atau sehingga masak menggunakan api bawah sahaja. Siap! Sedia untuk dimakan.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top