Kek Butter Cempedak Moist Dan Wangi Baunya


Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kek iaitu kek butter cempedak yang sangat sedap, lembut dan moist. Sebelum ni selalu buat cempedak goreng je bila musim cempedak. Kali ni saya cuba buat kek cempedak pula. Cara nak buatnya mudah sangat. Sama seperti kek butter biasa, cuma ada tambahan buah cempedak kat dalamnya. Bau wangi dan rasa manis cempedak tu memang buat kek ni jadi sangat sedap dan menyelerakan. Selamat mencuba!

Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat kek cempedak. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 250 gm Cempedak
  • 125 gm Mentega (tanpa garam)
  • 150 gm Gula Kastor
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 250 gm Tepung Naik Sendiri
  • 125 ml Susu Penuh Krim
  • Kepingan Badam (hiasan)
  • Hirisan Cempedak (hiasan)

Cara-caranya:

  1. Mula-mula ambil isi cempedak, buangkan bijinya dan potong kecil-kecil. Asingkan sedikit untuk buat hiasan nanti.
  2. Masukkan mentega dan gula kastor ke dalam mangkuk. Pukul menggunakan mixer dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang dan gebu.
  3. Kemudian, masukkan telur satu demi satu. Pukul telur seminit dan pukul lagi telur seterusnya sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi sehingga rata.
  4. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri dan susu secara berselang seli dan pukul dengan kelajuan yang perlahan sampai habis. Pastikan mula dengan tepung dan akhir pun dengan tepung juga.
  5. Masukkan isi cempedak yang di potong tadi dan gaul rata menggunakan spatula sahaja.
  6. Sediakan loyang bersaiz 7×7 inci dan oleskan dengan mentega dan dialaskan dengan baking paper. Sementara itu, boleh panaskan oven dahulu selama 10 minit.
  7. Tuang semua adunan kek tadi ke dalam loyang dan ratakan permukaan kek. Hiaskan dengan kepingan badam dan hirisan cempedak jika suka.
  8. Bakar pada suhu 170°C selama 40-45 minit bergantung pada oven masing-masing. Jika nak tahu kek telah masak atau belum, boleh cucuk kek dengan pisau atau lidi, jika tiada adunan yang melekat pada pisau atau lidi bermakna kek telah masak.
  9. Sejukkan kek sebelum dipotong dan boleh dihidangkan. Siap!

Tips:

  • pukul gula dan mentega sampai betul-betul gebu dan berkrim.
  • masa masukkan tepung dan susu, jangan pukul terlalu lama. Cukup takat sebati je.
  • pastikan semua bahan berada pada suhu bilik.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top