Sandwich Pizza Mudah, Sedap Dan Senang

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat sandwich pizza. Pernah makan tak? Kalau belum pernah makan, wajib cuba resepi ni. Rasa sandwich ni macam rasa pizza. Cara nak untuk membuatnya pon sangat senang. Bahan-bahan untuk membuat pizza ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing. Bahan paling penting yang mesti ada ialah roti, telur dan sos spaghetti atau tomato puri. Sesuai dijadikan untuk minum pagi atau petang. Selamat mencuba.

Sebelum korang cuba buat resepi sandwich pizza ni, apa kata korang tengok dulu video yang kami sediakan kat atas ni supaya lebih senang dan mudah faham cara untuk membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk sandwich pizza:

  • 3 Biji Telur
  • 2 Sudu Besar Sos Spagheti
  • ¼ Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Bawang Putih
  • ½ Sudu Kecil Oregano Kering
  • ½ Sudu Kecil Parsli Kering
  • Kepingan Ayam
  • Roti Putih
  • Keju Cheddar
  • Tomato

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pecahkan telur dalam mangkuk, masukkan sos spaghetti, garam, serbuk bawang putih, oregano kering dan parsli kering. Kacau sehingga semuanya sebati. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan masak kepingan ayam sehingga sedikit keperangan. Angkat.
  3. Seterusnya, ambil sekeping roti letakkan kepingan ayam tadi, keju cheddar dan tomato. Lapiskan sekeping lagi roti diatasnya. Celup sandwich ke dalam bancuhan telur tadi sehingga rata pada keseluruhan sandwich.
  4. Masak sandwich di dalam kuali dengan sedikit minyak. Setelah masak dikedua-dua belah boleh angkat dan hidangkan. Siap!

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top