Nasi Minyak Kenduri Kahwin Sedap Sangat!


Assalamualaikum dan hai semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat nasi minyak yang ringkas tapi sedap macam makan kat kenduri kahwin! Nasi minyak ni boleh dimakan dengan pelbagai jenis lauk. Untuk membuat nasi minyak ni, saya menggunakan beras basmathi. Kalau nak guna beras biasa pun boleh. Saya tambahkan jus oren sunquick untuk menyedapkan lagi nasi minyak ni dan memberikan sedikit kelainan rasa pada nasi minyak ni. Kiub pati ayam Knorr pula akan melengkapkan lagi rasa nasi ni. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat nasi minyak kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk nasi minyak:

  • 2 cawan (410 gm) Beras Basmathi
  • Air untuk rendam beras secukupnya
  • ¼ sudu kecil Serbuk Kunyit
  • 2-3 sudu besar Minyak Sapi
  • 1 helai Daun Pandan
  • 1 batang Kulit Kayu Manis
  • 3 ulas Buah Pelaga
  • 1 ulas Bunga Lawang
  • 1 biji Bawang Besar
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 cawan (250 ml) Susu Cair
  • 1 sudu besar Jus Oren Sunquick
  • 20 gm Kismis
  • 2 tangkai Daun Sup
  • Air (secukupnya)
  • 1 Kiub Pati Ayam Knorr

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Basuh bersih beras basmathi, masukkan dalam mangkuk rendam dengan air dan sedikit serbuk kunyit. Rendam selama 30 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak sapi di dalam kuali, masukkan daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau.
  3. Kemudian, masukkan pula bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi sehingga keperangan. Masukkan beras basmathi yang telah ditoskan dan goreng dalam 3-4 minit sehingga keperangan.
  4. Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan susu cair, jus oren sunquick, kismis, daun sup, air secukupnya dan juga kiub pati ayam knorr. Kacau sehingga semuanya sebati dan masak seperti biasa.
  5. Setelah masak, boleh hidangkan nasi minyak dengan kambing bakar atau lauk yang sesuai dengan selera masing-masing. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top