Kuih Batang Buruk Resepi Mak Saya

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi kuih tradiosional yang diajar oleh mak saya iaitu kuih batang buruk. Tapi ni bukan kuih batang buruk kacang hijau ataupun kuih tepung bungkus tu tau, jadi jangan keliru okay. Hehehe.. Kuih ni kuih tradisi orang Pahang. Ianya seakan-akan kuih koci tapi dia tidak menggunakan beras pulut hitam dan bentuknya panjang seperti lepat. Resepinya sangat mudah untuk dibuat. Kalau nak tau kesedapan rasa kuih batang buruk ni, boleh cuba resepi yang mak saya kongsikan ni. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat kuih batang buruk kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 1 Cawan Santan Pekat
  • ½ Sudu Besar Teoung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • 2 Cawan Tepung Pulut
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Cawan (lebih kurang) Air
  • Santan
  • Untuk inti kelapa manis boleh refer pada video ni https://fb.watch/4-uj0WDj7G/

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Masukkan santan, tepung gandum dan sedikit garam ke dalam periuk dan masak sehingga agak pekat. Ketepikan dahulu.
  2. Kemudian, masukkan tepung pulut, tepung gandum dan air ke dalam mangkuk. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil uli tepung sehingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.
  3. Ambil sedikit doh tadi buat lubang ditengahnya dan masukkan inti kelapa di dalamnya. Tutup doh dan bentukkan doh menjadi lonjong. Untuk resepi inti boleh rujuk link video di atas.
  4. Seterusnya, masukkan doh ke dalam santan yang telah dimasak tadi. Salutkan keseluruhan doh dengan santan dan letakkan diatas daun pisang dan bungkus dengan kemas. Boleh rujuk video cara untuk membungkusnya. Pastikan daun pisang dilayur dan dipotong mengikut saiz yang sesuai terlebih dahulu sebelum digunakan.
  5. Sementara itu, boleh panaskan pengukus dahulu.
  6. Langkah seterusnya, masukkan semua doh yang dibungkus dengan daun pisang tadi ke dalam pengukus dan susun secara berselang seli supaya masak sekata.
  7. Kukus kuih lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak menggunakan api yang sederhana besar.
  8. Setelah kuih masak, sejukkan dahulu dan sedia untuk dimakan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top