Assalamualaikum dan hi semua. Pada kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi biskut iaitu biskut cornflakes kelapa. Biskut ni wajib ada masa hari raya di rumah saya. Masa kecik-kecik dulu saya akan buat biskut ni dengan mak dan adik beradik yang lain. Kenangan yang sangat indah yang tak dapat dilupakan. Hehe.. Boleh dikatakan resepi ni turun temurun dari arwah nenek saya dahulu. Biskut ni senang sangat nak buat dan bahan-bahannya pun tak banyak. Tak perlu guna tepung pun. Dah la senang, sedap pulak tu. Hehehe. Korang boleh ajak anak-anak buat sekali nanti yea. Selamat mencuba!
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat biskut cornflakes kelapa. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- 1 Cawan (150gm) Kacang Tanah
- 275gm Emping Jagung
- 1 Cawan (70gm) Kelapa Parut Kering
- 1 Cawan (200gm) Gula
- ½ Cawan (selepas dicairkan) Mantega
- 2 Biji Putih Telur
Cara-cara untuk membuatnya:
- Sangai kacang tanah sehingga masak dan rangup. Angkat dan asingkan kulitnya. Masukkan dalam pengisar kering dan kisar sehingga halus. Ketepikan dahulu.
- Ramas atau tumbuk cornflakes sederhana kasar dalam mangkuk yang besar. Kemudian, masukkan kacang yang dikisar tadi, kelapa parut kering dan gula kastor. Gaul hingga sebati.
- Kemudian, masukkan mentega cair sedikit demi sedikit sambil terus kacau hingga nampak adunan agak lembab.
- Setelah itu, masukkan putih telur dan gaul semuanya hingga sebati dan adunan boleh dibentuk.
- Ambil scoop yang sesuai dan padatkan adunan cornflakes tadi dalam scoop dan keluarkan. Susunkan dalam tray atau loyang pembakar yang sesuai yang dilapik dengan baking paper. Buat sehingga semua adunan habis.
- Bakar pada suhu 150°C selama 20 – 30 minit atau sehingga biskut masak mengikut kapasiti oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar biskut.
- Setelah biskut masak, sejukkan dahulu dan hiaskan dengan sapuan coklat atau hiasan lain yang sesuai mengikut citarasa masing-masing. Siap!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo